Tajuk : Rayyan Fantasi
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-615-3
Mukasurat : 512 Halaman
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim.
Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun
kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan
menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu
hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu,
Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang
berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum
kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan
pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di
kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku.
Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam
lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula
adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan
Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini.
Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti
kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
No comments:
Post a Comment