
Tajuk : Aku Terima Nikahnya
Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-189-6
Mukasurat : 227 Halaman
KLIK DISINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE
Melihat anak-anak terkurung di dalam
rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang
dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya
tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman.
Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam,
suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula
terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah
dan mesyuarat.
Betapa mahalnya setiap hujung minggu
untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta
melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk
berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.
Buku ini menghimpun coretan rasa dan
pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah
perkahwinan.
No comments:
Post a Comment