Alhamdulillah, Penerbit Jemari Seni baru sahaja mengumumkan novel terbaru bulan disember 2012 ini. Mungkin novel ini boleh menjadi bahan bacaan anda ketika musim cuti sekolah ini...
Sehiris Bulan oleh Hafizah Iszahanid
Penulis: Hafizah Iszahanid
ISBN:
978-967-5118-71-5
Harga: RM21.00
(Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
SINOPSIS
Hidup
ini pelik, dan bahagia itu subjektif.
Sesetengah orang mentafsirkan bahagia letaknya pada cinta. Sesetengah pula
bahagia itu adalah kemuncak kerjaya. Sesetengahnya pada membahagiakan keluarga.
Lili
Julia, wartawan muda yang hatinya terpaut pada jejaka berjiwa seni, Adlan
Huzairi. Malangnya pula lelaki itu berkongsi rasa dengan Zaira. Nota cinta
Adlan Huzairi sentiasa menghujani hati Julia namun bagi Zaira, Julia itu bagai
ahli sihir yang menghalang segala kehendak hatinya pada Adlan.
Hati, sebenarnya apa yang kau mahu?
Hati, sebenarnya masihkah engkau dihambat rindu?
No comments:
Post a Comment