Assalamualaikum WTH..
Sejak akhir-akhir ini saya sering menerima pertanyaan daripada mereka yang berhasrat membuka kedai buku dan daripada mereka yang baru menceburi perniagaan kedai buku yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan.
Ini jawapannya:
1. Polisi syarikat penerbitan yang menghadkan pengedar disatu-satu kawasan.
Kebanyakan syarikat penerbitan sememangnya menghadkan jumlah pengedar disatu-satu kawasan. Kebiasaanya syarikat penerbitan hanya akan meletak sebanyak-banyaknya hanya dua kedai buku sebagai wakil jualan mereka disatu-satu bandar @ daerah. Oleh itu, mereka yang berhasrat mahu membuka kedai buku, anda wajib memahami realiti ini.
Bagaimana mahu mendapatkan bekalan bekalan buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan?
Walaupun anda akan menghadapi masalah mendapatkan bekalan buku tersebut secara langsung daripada pihak penerbit. Pemilik kedai buku bersaiz kecil dan sederhana masih boleh mendapatkan bekalan buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan melalui pemborong buku besar dikawasan berhampiran anda. Malah PNN sendiri mengambil buku sekolah seperti buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku rujukan daripada pihak Mehraj dan Creasent walaupun terpaksa mengurangkan sedikit keuntungan dan menanggung sedikit risiko!
Jangan kaitkan isu perkauman di entri ini!
No comments:
Post a Comment