Sejak mula aktif menyertai jualan di tapak-tapak ekspo dan karnival, masa saya semakin terhad. Seperti saya sudah jatuh hati dengan penjualan ditapak-tapak ekspo dan karnival.
Hobi menulis diblog juga banyak terbengkalai walaupun kadangkala idea untuk menulis menerjah masuk dengan banyaknya. Namun ianya hanya tertulis dibahagian draff sahaja.
Hm... esok saya akan kembali beraksi di Karnival di MITC, Melaka. InsyaAllah perjuangan perniagaan yang sedang PNN dan saya lakukan tetap akan mekar. Moga usaha kami menyebarkan syiar islam melalui penjualan naskah-naskah al-quran, buku-buku agama, motivasi, pengurusan, perubatan islam, penjualan cd, vcd agama dan nasyid akan diberkati..
Bersama menyokong perjuangan usahawan dan peniaga muslim!!
P/s: kepada bakal pengunjung karnival ini, anda boleh mendapatkan diskaun bagi produk Pustaka Nur Najma dengan kadar 10-20%.. Doakan perniagaan kami laris dan diberkati Allah SWT..
maafkan saya juga kerana semakin sukar untuk menjawap soalan-soalan didalam email. Kadangkala soalan kalian memerlukan saya menaip untuk tempoh sehari suntuk! Ringkaskan soalan anda agar memudahkan saya untuk menjawap..

No comments:
Post a Comment