Assalamualaikum WTH...
Semalam PNN sekali lagi menyertai sebuah karnival iaitu Karnival Amal Sekolah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam, Selangor yang akan berlansung pada 12 dan 13 november 2011.
Alhamdulillah, jualan pada hari pertama sangat memberansangkan. Walaupun pada awalnya saya agak seram sejuk mengenangkan cuaca pada bulan ini tidak begitu menggalakkan. Tambahan pula ketika awal pagi sewaktu saya ingin keluar ke Shah Alam itu, hujan sangat lebat sepanjang perjalanan sehingga memaksa saya memasang wiper kereka pada kelajuan maksimum.
Namun, Alhamdulillah kira-kira didalam pukul 10 pagi setelah saya siap mengemaskan susunan buku-buku, matahari mula memunculkan dirinya dan berterusan sehingga malam.
Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana:
1. Jadual gred A dengan memberikan acara-acara yang bermanfaat kepada pengunjung seperti pertandingan nasyid, cabutan bertuah, bengkel melukis, mencerap bulan dan pelbagai lagi.
2. Berjaya memanggil penceramah dan daya penarik gred A seperti Ustazah Siti Norbahyah & suami, Uncle Uneh, Ipin-ipin, novelis Ain Maisara, kumpulan Dhuha dan MB Selangor! Sungguh hebat!
3. Fasiliti kami para peniaga dan pengunjung dijaga dengan rapi
(Booth PNN, sebaris untuk buku agama, sebaris untuk majalah, buku kanak-kanak & buku latihan, dan sebaris untuk komik spt komik M dan gempak starz)
Moga selepas ini jika pihak sekolah mahu membuat karnival lagi, jangan lupa memanggil PNN lagi ea...
Moga hari ini PNN akan membuat keuntungan yang besar seperti semalam...
No comments:
Post a Comment