Hikmahnya Dakwah Rasulullah oleh Yussamir Yussof
Penerbit: Mazni Irfan
Publication
ISBN: 978-967-10128-7-1
Harga: RM17.00
Kategori: Umum, Dakwah
Halaman: 144 m/s
“Wahai Ahli Kitab, marilah berpegang kepada satu
ketetapan yang tidak ada perselisihan di antara kami dan kamu..." Surah
Ali Imran, ayat 64.
Dua perkara yang diseru oleh Allah. Menolak perbezaan yang memecah belahkan, dan mencari persamaan yang boleh menyatukan.
Dua perkara yang diseru oleh Allah. Menolak perbezaan yang memecah belahkan, dan mencari persamaan yang boleh menyatukan.
* Benarkah agama di dunia mempunyai persamaan?
* Adakah semua agama menyeru kepada Tuhan yang
satu?
* Bagaimanakah Rasulullah dan nabi-nabi berdialog
sewaktu menyebarkan agama Islam?
* Benarkah Bible adalah kitab penganut Kristian
yang tidak boleh disentuh atau dibaca oleh orang Islam?
Hikmahnya Dakwah Rasulullah, membimbing kita berdakwah melalui pengalaman tokoh pendakwah berpengaruh di dunia. Pelajari bagaimana berdakwah dengan gaya yang lebih mesra, profesional dan tepat.
Yussamir Yusof, seorang penulis bebas, pemikir, dan pengkaji dakwah. Beliau banyak mengkaji dan menulis sebagai kolumnis di akhbar dan majalah mengenai pengkaji ilmu perbandigan agama (Islam-Kristian). Melalui pengalaman beliau yang aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Islamic Information and Service Foundation (IIS) dan Islamic Renaissance Front (IRF), maka lahirlah Hikmahnya Dakwah Rasulullah.

Note: saya tak pasti buku ini akan dijual di PNN kerana penerbit buku ini merupakan penerbit kecil. Tapi InsyaAllah saya akan mencuba menghubungi pihak penerbit ini. InsyaAllah juga, saya nampak sesuatu yang menarik tentang buku ini yang membolehkan buku ini mempunyai daya jual yang tinggi!
ketika di UUM, saya ada ambil kertas Perbandingan Agama utk elektif bebas.
ReplyDeleteagak sukar nak dapatkan buku rujukan yang khusus tentang ilmu perbandingan agama pada ketika itu sebab ia subjek yang baru ditawarkan. maka, terpaksalah pinjam buku milik pensyarah secara bergilir.
Memang baguslah sekarang dah ada penulis dan pengkaji ilmu perbandingan agama seperti penulis buku ini.