Monday, July 18, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum WTH..

Hari ini merupakan hari pertama saya mula bekerja kembali setelah hampir seminggubercuti di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim...

Percaya tak korang semua, inilah kali pertama saya pulang ke kampung sejak lapan bulan yang lalu? Wah.. betapa tanggangnya saya! Sedangkan ibu ayah saya sendiri sudah hampir lapan kali ke Rawang! 

Hm, sebenarnya sejak awal tahun ini saya meminta izin kepada ibubapa saya untuk memfokuskan diri terhadap bisnes ini. Maklumlah, perniagaan ini baru berusia setahun jagung, modal yang digunakan agak besar dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Bukan niat mahu melupakan mereka. Bahkan saya sendiri sering menelefon mereka dua hari sekali untuk bersembang dan bertanya khabar.

Secara kebetulan juga ketika ini musim buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan jambu batu? sedang melanda kampung saya. Hehehe... best giler...

(teka gambar saya yang mana satu? gambar saya ketika form 4 kalu xsilap)

Dialog wajib ibu saya: Uda.. bila nak kawin???? 
antara soalan yg sebabkan saya ..... untuk balik ke kampung.... huhu

No comments:

Post a Comment