Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah.. tangan saya dah sihat sepenuhnya..

Assalamualaikum WTH..

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis walaupun di dalam jangka masa yang terhad ini. Alhamdulillah juga tangan kiri ini sudah pulih sepenuhnya. Agak sukar sebenarnya untuk OKU (orang kelainan upaya) seperti saya ini untuk bekerja menggunakan tangan kanan yang sudah agak keras. Kebiasaannya saya memang lebih selesa untuk menggunakan tangan kiri ini kecuali untuk tujuan menulis.

Tangan kiri ini sebenarnya bukanlah mengalami kecederaan yang teruk, sekadar lebam akibat terkena objek keras. Namun sebenarnya tangan kiri inilah yang selama ini membantu saya membuat rutin harian. Saya akan menjaga tangan kiri saya dengan sangat manja lantaran saya akan menggunakan keupayaan tangan kiri itu semaksima mungkin. Namun apabila tangan kiri saya mengalami kecederaan kebiasaanya saya akan mengambil kesempatan ini untuk berehat memandangkan tangan kanan ini berfungsi sekadar untuk membantu tangan kiri. Tangn kanan ini saya hanya gunakan apabila ingin menulis (tidak melebihi setengah jam), memegang sudu ketika menikmati makanan dan sedikit kerja yang wajar dilakukan oleh tangan kanan.

Alhamdulillah juga, ekspo yang baru saya sertai di masjid Kuala Kubu Baru  minggu lepas berakhir dengan kejayaan. Walaupun agak kepenatan akibat tangan lebam ini terpaksa bekerja dengan rela. TQ ALLAH..

(ini gambar tangan kiri saya harini, lebam sudah semakin susut... kesian kat tangan ni sebab terpaksa menggalas tugas tangan kanan sejak tahun 2004 yang lalu.. Tapi saya masih bersyukur saya masih mempunyai tangan berbanding dengan OKU fizikal yang lain..)

1 comment:

  1. mungkin ada yg anggap ia kecederaan kecil, tp utk org yg bekerja menggunakan 1 tangan macam saya, nikmat tangan sihat sangat bermakna.. :)

    ReplyDelete