Assalamualikum WTH..
Tajuk Buku: Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat
Harga: RM16.00 (RM20 termasuk kos pos laju ke semenanjung malaysia- email kpd saya azraay@gmail.com)
Anak remaja ini seolah-olah melepaskan
rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin
dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali,
ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang
keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot
pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan
pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai
‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di
dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan
keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang
asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini
mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama
ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala
Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu
bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang
melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan
menjadi kuli kasar di gedung studio.
Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada
dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah
keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air.
Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan
kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa,
meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang
akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup
berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang
sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni
dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan
kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk
memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan,
Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama.
Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh
peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU,
ISABELLA DAN TOK KENALI.
tapi ade je org yg ckp belakang.
ReplyDeletedorg kate org mcm ni bermuka2 la.
ape la.
xtau la.
org nak jadi baik pon salah.
susah btol ngan manusia ni.
sbb dia join politik.. kalu dia xaktif politik mcm Azmil Mustafa & ijam mngkin situasi akan berbeza..
ReplyDelete:)