Susahkah untuk menjadi seorang usahawan? Persoalan ini seringkali saya fikirkan sebelum menceburkan diri di dalam bidang ini.
Saya selalu membayangkan bagaimanakah agaknya para usahawan yang bergelar 'bilionaire' mengendalikan perniagaan mereka yang kadangkala boleh mencecah sehingga puluhan dan ratusan buah syarikat! Apakah ada rahsia sehingga setiap sentuhan mereka mampu mengubah batu menjadi permata?
Memandangkan bidang keusahawanan dan perniagaan bukanlah satu bentuk aktiviti yang wajib memberi 'keuntungan' kepada pengusahanya, ia menjadi satu bidang yang sangat hebat sehinggakan tiada syarikat insuran yang mampu memberikan jaminan secara total diatas risiko yang bakal dijalan oleh pengusaha perniagaan. Bidang yang penuh dengan 'sepak terajang' ini memiliki satu 'aura seni' yang hanya difahami oleh mereka yang bergelar usahawan dan peniaga.
Seni mengubah 'pelaburan' menjadi 'keuntungan' bukanlah terletak pada mereka yang memiliki sentuhan emas! Tunjukan saya usahawan yang tidak pernah mengalami kerugian walaupun kerugian yang bernilai sedikit, pasang surut perniagaan pasti akan berlaku! Namun gabungan usaha, doa dan tawakal pasti berhasil dengan izin Allah.
Saya juga kagum dengan para usahawan yang bangkit melonjak setelah jatuh. Mereka bangkit setelah merasai betapa sakitnya 'jatuh' dan menjadikan peristiwa pahit sebagai tauladan.
Bidang keusahawanan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi, sebarang tindakan yang dilakukan hanya memiliki 3 kemungkinan:
- Untung
- Rugi
- Balik modal
nak edit x entri ni? mcm simple sgt... tp rasa pasni nak wat tajuk 'susahkah menjadi usahawan muslim'...
ReplyDelete:)
keusahawanan bukanlah satu bidang yg menjamin keindahan 'syurga', tidak juga bidang yang menawarkan 'neraka'... buat yg terbaik.. jadikan keusahawanan sbgi ibadah...
ReplyDeletecomel gambar tu :)
ReplyDeleteTQ.. :)
ReplyDeletesama2..kekasih hatikah ustaz :)
ReplyDelete