Berbicara tentang kegagalan usahawan melayu bukanlah satu bidang
yang saya gemari. Seperti pepatah melayu lama, saya seakan membuka
pekung di dada bangsa saya sendiri.
Walaupun bangsa yang
amat saya sayangi ini bukanlah merupakan satu bangsa yang sangat
'membudayakan' bidang keusahawanan dan perniagaan sebagai pilihan
kerjaya mereka. Namun sebenarnya cukup memiliki kuasa beli yang tinggi
berbanding kuasa beli yang dimiliki oleh bangsa lain. Tetapi mengapakah
kelebihan ini tidak diambil berat oleh bangsa melayu?
Hm...
berbicara dengan beberapa usahawan melayu yang pernah gagal didalam
perniagaan menyebabkan saya terlintas untuk berkongsi dengan anda semua
beberapa alasan dan mitos yang dikaitkan dengan kegagalan mereka.
Mitos Kegagalan Usahawan melayu
1.
Gagal kerana tidak mengamalkan rasuah
2, Tiada sokongan pihak
berwajib
3. Pembekal bangsa lain 'menganaktirikan' usahawan melayu
4.
Kekurangan modal
5. Gagal kerana hanya memilih yang 'halal'
6.
Sukar bersaing dengan usahawan bangsa lain
Punca sebenar kegagalan usahawan melayu
1.
terlalu mementingkan keuntungan segera
2. Lebih suka berniaga
sebagai orang tengah
3. Meniru kejayaan perniagaan orang lain
4.
usahawan bermusim
5. Terlalu bergantung kepada projek kerajaan
6.
Tidak peka kehendak dan keperluan pengguna
7. Sistem pengurusan
yang lemah
8. Suka berniaga benda yang mudah dikendalikan
9.
Tiada perancangan jangka panjang
10. Tiada matlamat perniagaan
yang jelas
Sebenarnya, yang paling penting bukanlah kegagalan itu, tetapi kebangkitan setelah gagal. Bukankan ramai orang yang berjaya pada hari ini adalah dikalangan mereka yang pernah mengacap nikmat gagal?
Moga sya bkan dikalangan mereka yg gagal.. AMIN.. doakan ye kwan2..
ReplyDeletetambah sikit... tidak konsisten 7 berdisiplin.
ReplyDeletelihat buku2 perniagaan dlm
http://adzriel.blogspot.com/2011/01/siapa-nak-beli-buku-terpakai.html