Sunday, February 27, 2011

Jangan jadikan bisnes anda sebagai 'tiket' ke neraka!!

Assalamualaikum WTH..

Malam semalam saya berbual dengan seorang teman usahawan dan seorang pegawai tinggi kerajaan di restoran mamak. Kami berbual tentang pelbagai isu semasa sambil menonton bola di layar lebar. Tapi, topik menarik kami malam itu ialah amalan rasuah...

Sejujurnya juga saya akui, bahawa amalan rasuah dikalangan usahawan sangat berleluasa. Terutamanya untuk mendapatkan projek-projek. Samada rasuah berbentuk wang ringgit, wanita, percutian dan pelbagai bentuk lagi.

Saya sendiri sebagai usahawan bukan sekali dua menerima pelawaan untuk rasuah ini ketika melobi sesuatu projek. Hmmm.... 

Jika saya seorang yang sangat mementingkan kekayaan, di dunia ini tanpa mengira hukum halal haram, saya sudah kaya sejak empat tahun lepas ketika mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan ini!

Sebagai usahawan kita sering terdedah kepada 'tiket' ke neraka seperti amalan rasuah,menipu untuk meraih keuntungan besar, menipu kualiti barangan, menipu sukatan dan pelbagai lagi amalan berdosa...

Wahai pihak usahawan terutamanya diluar sana.dan diri saya sendiri! Marilah kita semua mengamalkan persaingan bisnes yang sihat! kepada usahawan muslim terutamanya, jangan kita jadikan rezeki haram untuk mengisi perut keluarga dan pekerja kita. Ingatlah bahawa NERAKA itu wujud!

Ingatlah semua sahabat! Soalan Allah SWT diakhirat kelak tentang 'dimana harta kita diperolehi dan dibelanjakan" sangat berat untuk dijawab! itu belum pertanyaan-pertanyaan lain!



Jangan jadikan bisnes anda sebagai 'tiket' ke neraka!!

1 comment:

  1. kalu bisnes nak dijadikan tiket ke syurga xpe.... Allah suka, Nabi Muhammad suka, saya suka, semut2 suka... malaikat suka....

    ReplyDelete