Assalamualaikum WTH... Salam Maulidurasul untuk semua..
Mimpi adalah satu rutin yang terjadi kepada kita semua ketika tidur.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Apabila hari kiamat
telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang
paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang
muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada
tiga jenis:
- Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah
- mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,
- mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang
(Riwayat Muslim)
Hm... Mood pagi ini sangat menggembirakan, sebenarnya pagi tadi kira-kira dalam pukul 3.30 pagi, saya terbangun setelah bermimpi indah.
Saya bermimpi sedang mengendalikan PNN yang ketika itu beroperasi dengan keluasan kedai bersaiz dua pintu! Dengan susun atur yang menawan... alat tulis dan buku tersusun indah, para pelanggan yang berpusu-pusu masuk ke dalam premis PNN. Saya ketika itu sedang melayani pelanggan.....
Alhamdulillah, walaupun hanya dalam mimpi.. Pagi ini saya sangat bersemangat! Moga mimpi itu menjadi kenyataan! AMIN...
Note: lepas tbangun tu, saya menonton game Fulham VS Chelsea dari pukul 4 pagi sampai pukul 6.. tapi draw je...
(angka 4977 tu no bertuah kami, dri no fon, no hp, flat kereta,....)
Doakan mimpi saya menjadi kenyataan ye kawan2! AMIN...
Salam tuan..sy sedang dlm perancangan utk membuka kedai stationery..harap pihak tuan sudi membantu dari segi maklumat dan ilmu..jazakallah
ReplyDelete0124141818(zailan)