Assalamualaikum WTH..
Harini saya mahu berkongsi dengan anda semua berkenaan isu "resit kosong"
Resit kosong adalah salinan resit yang dibiarkan kosong samada
dibahagian amaun, kuantiti barangan dan item.
Pernahkah
anda meminta "resit kosong" daripada pihak peniaga? Apakah yang anda
buat dengan resit kosong itu? Adakah anda akan mengisi "resit kosong"
itu dengan amaun yang lebih tinggi untuk tujuan 'claim'? Sebenarnya isu mengenai "resit kosong" sudah lama berlaku terutamanya dikalangan pengguna berbangsa Melayu-Muslim namun isu ini agak kurang popular berbanding isu2 yang lain...
Terdapat beberapa punca mengapa pengguna meminta "resit kosong". Diantaranya ialah:
- Untuk meng'claim' barangan melebihi harga sebenar barangan (alasan-duit minyak, duit parking ETC)
- Mengaut keuntungan atas angin diatas pembelian barangan yang dibeli kepada pihak ketiga
- Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan pengecualian pembayaran cukai yang lebih tinggi. (Cntoh- pembelian buku dapat rebet pelepasan cukai sebanyak RM500, oleh itu resit kosong ini akan diisi nilai dan produk buku palsu)
- Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan meng'claim' kepada pihak ketiga. (cth- saya memberi diskaun 20% kepada pengusaha taska & tadika. Namun sekiranya pembantu tadika (bukan pemilik tadika itu) yang datang membeli, pada resit kosong itu, dia akan meletakkan nilai tanpa diskaun untuk tujuan mendapat sedikit keuntungan peribadi.
IMPLIKASI ISU RESIT KOSONG & PALSU
1. Kesan kepada perniagaan & usahawan
Secara umumnya, isu 'resit kosong' ini memberikan imej yang kurang elok kepada perniagaan. KEtika saya menjadi penolong pengurus di salah sebuah "hypermarket" terkenal di selatan tanah air, saya sendiri telah memecat tiga orang pekerja saya kerana menggunakan resit kosong dan palsu. Disamping memecat mereka bertiga, saya juga bertindak untuk menamatkan perkhidmatan syarikat pembekal terbabit kerana ketidakjujuran mereka mengendalikan perniagaan.
Nah, disini anda dapat melihat secara langsung, kos operasi sesebuah syarikat itu akan meningkat jika terdapat penggunaan resit kosong & palsu ini. Malah potensi perniagaan anda kehilangan seorang pelanggan juga besar dan perkara ini akan merugikan perniagaan anda dalam satu tempoh masa yang panjang!
Antara risiko yang mungkin juga muncul ialah penggunaan ini dapat dihidu oleh pihak berwajib seperti pihak SPRM dll cthnya dengan penggunaan resit palsu seperti sebatang pen yang di jual dipasaran bernilai rm5 dijual dengan harga rm20. mahukah anda menangggung risiko begini.
2. Kesan kepada masyarakat
Mungkinkah penggunaan resit kosong dan palsu ini dapat merebakkan perkara kejahatan lain seperti isu rasuah dan lain-lain? fikirkanlah!
ALHAMDULILLAH, PERNIAGAAN SAYA TIADA RESIT KOSONG@PALSU. BUKANKAH MEMBOHONG ITU SIFAT ORANG MUNAFIK. JANGAN PERNAH ANDA LAKUKAN SIFAT INI!
(gambar kedai saya, kombinasi color coklat kuning di signboard & hijau dibahagian luar premis sejak tiga tahun lalu.. tak matching lansung.. huhu. entah bila la saya nak cat color yg lebih garang..)
kdg2 ada alasan yg depa bagi sbb bos saya kedekut.. jadik nak kenekan dia dari bnda2 camni la.. huhu.. apa punya malang la bos ko dpat staff cam ko ni..
ReplyDelete