Assalamualaikum WTH
Sebenarnya saya agak segan untuk mem'publish'kan entri bertajuk diatas ni.. Saya takut pembaca salah faham & mentafsir saya sebagai seorang yang riak.
Hm... Kenapa saya suka menjadi kaya? sebenarnya entri kali ini agak subjektif untuk dibicarakan secara terbuka. Sejujurnya setelah mencapai cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri, saya memiliki beberapa tanggungjawab terutamanya kepada agama islam yang saya anuti, bangsa Melayu yang saya sangat sayangi, keluarga yang saya cintai dan diri saya sendiri...
Sejujurnya saya lebih suka mengaitkan definisi kekayaan itu denghan istilah kejayaan. Kejayaan bermaksud pencapaian peribadi saya di dalam menguruskan perniagaan ini.
Mengapa saya suka menjadi kaya & berjaya? dibawah ini saya ringkaskan beberapa sebab mengapa saya begitu dahagakan kejayaan:
1. Saya mahu membantu secara rohani & fizikal untuk membangunkan ekonomi, sahsiah, sosial dan mentaliti umat islam, bangsa melayu, keluarga dan diri sendiri
Setelah hampir tiga tahun menceburkan diri kedalam bidang keusahawanan ini, saya semakin sedar tentang tanggungjawab ini. Kemunduran umat islam dan bangsa melayu harini salah satunya adalah disebabkan kita tiada kuasa di dalam bidang ekonomi. Tak perlu saya huraikan lebih lanjut kerana anda sendiri tentu maklum dengan kenyataan diatas. Sebagai penganut agama islam yang taat, saya akan cuba menerapakan konsep keusahawanan muslim dan berdakwah mengikut kaedah yang tersendiri. Cuma saya harapkan sokongan anda semua untuk membantu dan menyokong perjuangan kami para usahawan muslim.
2. Saya mahu berkahwin tahun ini
Doakan orang ensem ni, akan bertemu "tarikhnya" pada tahun ini ye.. TQ2..
3. Saya mahu membalas jasa mereka yang telah berjasa kepada saya esp kedua ibu bapa saya, ahli keluarga yang lain yang banyak membantu saya sepanjang tempoh saya mengalami masa2 sukar terutamanya ketika tempoh 2 tahun pertama saya bergelar insan OKU (orang kurang upaya)
4. Saya memang berminat dan sudah jatuh cinta dengan bidang ini.
Walaupun saya menceburi bidang ini secara bidan terjun tanpa ilmu yang 'sewajarnya' tentang bidang ini. Kini saya semakin jatuh cinta dengan bidang ini. Bukankah jatuh cinta itu menyebabkan kita menjadi lebih ghairah!
5. Saya suka menjadi johan
Sejak daripada zaman persekolahan lagi saya sememangnya sangat cemburu melihatkan kejayaan orang lain terutamanya berkenaan no di dalam peperiksaan. Kini, sifat cemburu saya lebih kepada nilai 'iman' dan harta yang diukurkan secara seimbang.

bagus sifat hang tu. semoga berjaya. tapi tang 'ensem' tu aku tak berapa puas hati..hehe
ReplyDelete