Assalamualaikum WTH..
Hm.. Entah mengapa hari jumaat pertama untuk tahun baru ini hati saya begitu sedih melihat teman-teman sejantina saya yang tidur semasa khutbah sedang dibacakan.
Walaupun pada hukumnya tidur ketika khutbah jumaat sedang dibacakan tidak akan membatalkan syarat sah solat jumaat seseorang itu (mungkin boleh juga terbatal sekiranya terkentut tanpa sedar dll). Namun kebelakangan ini saya melihat tabiat ini semakin teruk.
Walaupun harini saya hanya bersolat di saf no 3, saya dapat melihat hampir beberapa insan dihadapan saya yang terlelap dan tersengguk-sengguk semasa khatib sedang membaca khutbah. Malah ada seorang 'pak cik' terus tidur sehingga bilal selesai membacakan iqamah!
Sebenarnya harini saya ingin menegur diri saya sendiri dan teman-teman sejantina dengan saya diluar sana agar tetapkanlah hati untuk mendengar khutbah yang disampaikan. agar tujuan kita bersolat jumaat ini mendapat keredhaan yang maximum dari Allah SWT. Disini juga saya menyediakan tip-tip bagi mengurangkan rasa mengantuk semasa khutbah sedang berlangsung:
- Elakkan memakan makanan berat sebelum solat jumaat
- Tidur sebentar sebelum ke masjid
- Menumpukan sepenuh perhatian kepada pihak khatib sambil mengambil catatan
- Mengusap @ mengurut tumit kaki dengan kadar yang sederhana..
P/s: sebenarnya tidur ketika khatib sedang membaca khutbah itu lebih mulia daripada mereka yang leka berSMS, berbual di luar masjid, menikmati juadah makan tengah hari di gerai berhampiran masjid?(dah iqamah baru berlari2 mencari ruang solat),menghisap rokok dikawasan parking motorsikal dan paling teruk sekali ialah mereka yang sedang enak tidur di pejabat dan dirumah!
mungkin boleh cuba minum kopi. mengelak mengantuk. insyaAllah.
ReplyDeleteyup.. idea yg bgus.. :)
ReplyDeletehttp://watch3sport.com/