Alhamdulillah, syukur saya kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rezeki dan kurniaanya hari ini PNN menyambut hari ulangtahun penubuhan PNN yang ke-3. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini pihak kami di PNN banyak belajar selok belok perniagaan.
Insyaallah, pada tahun ini pihak kami berazam untuk melebarkan lagi sayap perniagaan kami agar lebih berdaya maju dan dapat bersaing secara sihat dengan para pesaing kami di bumi Selangor yang bertuah ini. Insyaallah juga, kami sangat -sangat berhasrat untuk membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangan baru PNN dalam tempoh masa terdekat ini. MOGA DIMAKBULKAN. AMIN YA ALLAH!
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya titipkan kepada para pelanggan setia kami dan juga kepada teman-teman semua blogger semua kerana sudi mendoakan kejayaan kami Ddi PNN. Jasa dan bakti kalian amat saya hargai! Semoga PNN dapat menjadi kedai buku dan alat tulis muslim yang berjaya!
Ayuh semua teman seagamaku! kita bangkit bersama-sama untuk menaikkan maruah agama islam dengan menaikkan kekuatan rohani, jasmani dan ekonomi umat islam semua. Bersama-sama kami untuk menyokong perjuangan usahawan muslim!
USAHAWAN MUSLIM: KAYA IMAN & KAYA WANG!
SALAM MAAL HIJRAH JUGA UTK SEMUA..
salam...singgah untuk follow blog ini..
ReplyDelete* follower 264
selamat ulangtahun. semoga terus suksesss...
ReplyDelete