Manusia dilahirkan dengan memiliki beberapa sifat unik, antara sifat-sifat unik itu ialah sifat ingin mengambil tahu dan sifat untuk memberitahu. Mengapa perkara ini berlaku? hal ini berlaku kerana manusia kini hidup bermasyarakat. Hidup bermasyarakat membenarkan kita sepatutnya mengambil peduli tentang apa jua yang berlaku disekeliling kita semua. Namun begitu tidak semua sifat ingin
mengambil tahu dan sifat untuk memberitahu ini membantu kita dalam kehidupan seharian.
Pengalaman saya ketika menyuarakan hasrat untuk berniaga kepada keluarga dan teman-teman, pelbagai respon positif dan negatif yang kedengaran ditelinga ini. Namun, dengan hasrat yang membara, saya menerima semua nasihat dan pendapat mereka.
Menerima pandangan bukanlah bermaksud kita perlu menerima pendapat secara bulat-bulat, kajian demi kajian saya lakukan untuk mengkaji perniagaan yang bakal saya ceburi. Manakala segala kritikan saya ambil sebagai pedoman.
Usahawan perlu menapis setiap fakta yg tiba, bukan menerima membuta tuli. Buat keputusan mengikut naluri anda. Kecilkan risiko dan berusahalah.
Apabila kita menang, matlamat baru harus di cipta
Apabila kita kalah, harapan jangan tertewas..
Moga Allah meredhai...

No comments:
Post a Comment