Saturday, November 6, 2010

modal awal kedai buku dan alat tulis

Assalamualaikum WTH semua...

Alhamdulillah, sejak baik dari demam semalam.. saya baru berkesempatan untuk membuka email yang tidak tersentuh sejak hampir seminggu yang lalu. Syukur saya telah menerima 28 e-mail respon dari kalian semua yang bertanyakan kaedah membuka kedai buku dan alat tulis. Tahniah saya ucapkan kerana bercita-cita untuk menjadi usahawan! Satu langkah awal untuk memperkasa umat islam isalam adalah melalui cara memperkasakan ekonomi umat islam dan kitalah yang dipilih untuk memperkasainya!

Sebenarnya dalam banyak-banyak e-mail yang kalian teman-teman utarakan kepada saya tempoh hari adalah perkara yang sama iaitu modal awal untuk membuka perniagaan jenis ini. Alhamdulillah, sejujurnya kos awal yang saya pernah keluarkan dalam entri sebelum ini adalah berkaitan kos sebenar permulaan bagi kedai bersaiz sederhana. Anda boleh mengaplikasikan dan menolak sesetengah barangan dan stok sekiranya anda memiliki modal yang terhad.

Namun sikap terlalu yakin tidak membantu anda. Saya juga pernah terlalu yakin perniagaan akan terus mantap. Tapi, saya salah, bagi semua perniagaan awal kemungkinan untuk bertahan adalah sangat tipis. Jika perniagaan itu mudah, semua orang mampu menjadi jutawan! Perniagaan adalah perjuangan untuk menarik pembeli yang sebelum ini membelanjakan wang mereka di premis lain dan anda perlu berusaha untuk menarik merekaa setia kepada anda! Namun semua ini memerlukan satu tempoh masa. Jangan terlalu yakin setiap sentuhan anda bakal menjadi emas! Pastikan anda memiliki pelan kontigensi (payung) untuk membantu anda sekiranya sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku.

Oleh itu, bagi memilih jalan selamat dan tidak berisiko tinggi. Ada dua pilihan. Bermula secara kecil-kecilan atau bermula dengan ‘kedai mantop yang cukup seba-serbi’. Namun yang paling penting sekali ialah usaha dan bijak mengenalpasti peluang dan risiko yang ada!

Membuka kedai buku dan alat tulis bukanlah bermakna anda perlu dan wajib memiliki kedai. Saya mempunyai kawan yang tiada kedai@premis perniagaan berkaitan buku dan alat tulis. namun dia berjaya sebagai usahawan pembekalan buku dan alat tulis. Bagaimana caranya? Hehe.. akan bersambung dalam entri bertajuk ‘menjadi pembekal buku dan alat tulis tanpa premis’



Bersama memperkasa usahawan muslim



6 comments:

  1. salam ustaz ana folow 111...selamat berniaga ye...rajin 2 mai la kat blog ana nie

    ReplyDelete
  2. http://ranahbukuislam.blogspot.com/2010/11/welcome-syaamail-al-quran-miracle.html

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ana juga berharap dapat membuka sebuah kedai buku..layari blog ana utk berkonsi rahsia d http://maribelibukuagama.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam ustaz..sye muaz kwn baik kepada firdaus saidi..sye minat dlm bisnus,tetapi sye kurang mahir dalam bidang bisnus...bole ustaz tunjuk ajar sye yg masih mentah...sye masih belajar di uitm perak...no hp sye 013-3784328..tq ustaz...

    ReplyDelete
  5. Wslam.. Hm.. firdaus saidi tu siapa ye? boleh.. awak e-mail saya.. azraay17@gmail.com

    ReplyDelete
  6. salam. bagaimana untuk mendapatkan supplier buku dan alat tulis ini.

    ReplyDelete