Assalamualikum WTH semua..
Membudayakan amalan ‘berniaga’ dikalangan bangsa melayu
Sebenarnya artikel ini ditulis setelah mendapat satu respon daripada
teman blogger (TQ Ila) & mungkin agak terkeluar sedikit daripada
‘travelog usahawan muslim’ walaupun jiwa saya sendiri lebih suka jika
saya meletakkan nama blog saya ‘travelog usahawan melayu muslim’. Ok,
kita berbalik semula kepada tajuk diatas.
Mengapa perlu membudayakan amalan berniaga dikalangan melayu?
Jika anda bertanyakan kepada anak-anak dan para remaja berbangsa
melayu dikeliling anda tentang cita-cita mereka apabila sudah dewasa
nanti, jawapan yang pasti anda akan terima adalah cita-cita untuk
menjadi guru, doktor, anggota keselamatan, juruterbang dal pelbagai
lagi.. agak mustahil untuk mendengar jawapan seperti
1.SAYA INGIN MENJADI PEMILIK SEKOLAH SWASTA
2.SAYA INGIN MENJADI PEMILIK HOSPITAL TERBESAR DI MALAYSIA
3. SAYA INGIN MENJADI PEMILIK SYARIKAT KAPAL TERBANG dll
Sebenarnya jawapan seperti ini juga akan dijawab oleh anak
muda berbangsa melayu yang mengambil jurusan perniagaan di universiti!
Mengapa?
Pemerhatian saya, sejak kecil lagi kita sudah diasuh oleh ibubapa
kita:
‘hang belajar pandai-pandai, masuk U..
selepas masuk U hang boleh dapat kerja yang bagus & gaji yang
tinggi’
Betul tak? Sejak kecil lagi kita sudah didedahkan
dengan keenakkan makan gaji. Bekerja dipejabat berhawa dingin, bertali
leher kepejabat.. agak sukar mendengar ayat dibawah ini keluar dari
mulut ibu bapa kita:
‘hang belajar pandai-pandai, masuk U..
selepas masuk U hang boleh dapat kerja yang bagus & gaji yang
tinggi. Dalam masa yang sama kumpul modal dan berniagalah, cipta peluang
untuk anak bangsa’
Saya biarkan isu ini tergantung untuk melihat respon anda
semua..
Hanya ada tiga perkara sahaja yang dapat selamatkan bangsa melayu di
Malaysia ini
- Agama islam
- Kekuatan ekonomi
- Kekuatan politik
Jangan sampai suatu hari nanti maruah melayu dipijak oleh bangsa
asing di tanah milik melayu sendiri.
Ada orang yang sebenarnya lebih sesuai untu terus bekerja!
dan ada orang yang lebih berpotensi untuk menjadi usahawan!
dimanakah anda? pilih yang terbaik untuk diri anda demi agama dan bangsa tercinta!
p/s: sebenarnya saya juga tidak tahu untung nasib saya dalam bidang ini.. doakan saya teman2! Moga bisnes saya & PNN terus berkembang megah dan ditetapkan iman!
Bersama memperkasakan usahawan muslim!
p/s: sebenarnya saya juga tidak tahu untung nasib saya dalam bidang ini.. doakan saya teman2! Moga bisnes saya & PNN terus berkembang megah dan ditetapkan iman!
Bersama memperkasakan usahawan muslim!
saalm :) alhamdulilah ya allah ya rahman ya rahim, :) amin3 ya allah,seprti dalam azan ,marilah kita menuju kejayaan),insya'allah tiada yang mustahil dengan izin allah.
ReplyDeleteBg saya cabaran dalam perniagaan arena melayu atau mana2 arena seperti biasa la,seperti jatuh nya tanah2 melayu(nusantara) yang dulu dan empayar2 islam yang lain,tali persaudaraan yang banyak dikhianati dan lain2.
senyum2 sll :)
Insya'allah :) smg saudara2 terus maju jaya,amin ya allah
Wsalam.. tq abg.. sunnah org bjuang.. sbelum buah masak n jdi manis.. ia brasal dri putik yg pahit, kelat & masam..
ReplyDeletemoga usaha kita diberkati.. AMIN YA ALLAH..