Sabda Nabi Muhammad SAW:
Tidak dibenarkan seseorang muslim menjual satu jualanya yang
mempunyai aib sebelum dia menjelaskan aibnya’
direkodkan oleh al-Quzuwaini
Hadis diatas menjelaskan kepada para usahawan muslim yang menjalankan
urusniaga agar tidak menjual sesuatu barangan kepada pengguna TANPA
menjelaskan berkenaan kecacatan dan kerosakan yang mungkin dimiliki oleh
barangan tersebut.
=============================================================================
Sememangnya terdapat segelintir usahawan yang menyembunyikan status
kecacatan dan kerosakkan produk jualan mereka. Dengan hanya berpaksikan
kepada ‘keuntungan dunia’ semata-mata, golongan ini tidak gentar dengan
amaran Nabi Muhammad SAW (berdasarkan hadis diatas) untuk menjual
barangan jualan mereka yang memiliki kerosakkan dan kecacatan TANPA
menjelaskan terlebih dahulu kecacatan tersebut kepada pelanggan.
Kebiasaanya, produk yang selalunya terbabit kepada risiko kerosakan
dan kecacatan adalah merupakan barangan seperti produk terpakai, produk
elektrik & elektronik, kenderaan dan barangan yang memiliki tarikh
luput.
Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak usahawan untuk
melakukan urusniaga bagi produk yang memiliki risiko dan kerosakkan
ialah
- Waranti
Melalui kaedah ini, pihak usahawan boleh memberikan tempoh waranti
yang bersesuaian dan memberikan khidmat servis percuma ataupun
menggantikan barangan sekiranya produk yang mereka jual itu menghadapi
kerosakkan dalam tempoh yang dipersetujui.
2. Pemulangan dan penggantian barang
Kaedah pemulangan barang pula merupakan kaedah yang boleh dilakukan
oleh pihak usahawan sekiranya barangan yang dijual itu memiliki
kerosakkan yang keterlaluan.
Melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh islam, aktiviti menjual
barangan ini adalah sah, namun anda memiliki tanggungjawap sosial untuk
memberitahu kepada pengguna terlebih dahulu mengenai kerosakkan dan
kecacatan produk yang dimiliki.
Kesan kepada usahawan yang bersifat jujur dengan memberitahu kepada
pelanggan terlebih dahulu ‘kerosakkan dan kecacatan produk’ yang mereka
jual akan mendapat ‘nama’ yang baik dikalangan pengguna dan akan
mendapat kepercayaan yang jitu dikalangan pelanggan dan bakan pelanggan.
Bahkan perniagaan mereka akan diberkati kerana menggunakan lunas yang
digariskan oleh islam
Usahawan Muslim
MEStI JUJUR
No comments:
Post a Comment