Assalamualaikum WTH semua..
Alhamdulillah, Syukur saya kehadrat Allah dengan limpahan kurnianya kepada saya dan perniagaan yang saya jalankan sejak hampir dua tahun lalu.
Sejak blog ini dibina pada 2hb September 2010 yang lalu, saya telah menerima hampir 30 buah pesanan untuk membeli buku secara 'online'. Namun batasan masa dan kekurangan staff menyebabkan saya terpaksa memikirkan kaedah lain untuk melayani kemahuan kalian yang saya sayangi.
Oleh yang demikian, saya telah mengkaji sebuah program affiliate yang ditawarkan oleh kedai-buku.com dan saya tertarik untuk menyertai program yang sememangnya mudah untuk saya dan anda semua sertai..
Teruskan minat anda untuk menyokong perjuangan saya..
Disini saya sediakan sedikit maklumat mengenai kedai-buku.com
Kedai-Buku.com
memulakan operasi rasmi pada 1.1.2009 dengan menerima
pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Pengalaman
lebih 2 tahun menguruskan pesanan ke luar negara dengan
KedaiPerantau.net adalah kelebihan kepada Kedai-Buku.com. Ditambah lagi
dengan pelbagai checkout pembayaran yang lebih fleksibel iaitu
Maybank2U, CIMB, Bank Islam untuk pembayaran dalam Ringgit Malaysia,
European Bank Transfer (SWIFT IBAN) yang percuma cajnya kepada penduduk
di Eropah dan Paypal yang merupakan option gateway paling popular di
seluruh dunia.
Pada
awalnya, KedaiPerantau.net hanya menjual buku-buku dari Jemari Seni
Publishing sahaja. Oleh kerana permintaan dari pelanggan sedia ada agar
menambah juga buku terbitan syarikat lain, maka pihak pengurusan
mengambil langkah membina laman web khas untuk menjual buku-buku hasil
dari karya rakyat Malaysia secara online. Dengan adanya Kedai-Buku.com,
peminat buku bahasa Melayu terutamanya berpeluang dengan lebih mudah
mendapatkannya.
Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi bahasa Malaysia khususnya.
Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi bahasa Malaysia khususnya.
Salam Mesra.
Pengurusan
www.Kedai-Buku.com
Gedung Buku Malaysia Online - Malaysia Online Bookstore
Gedung Buku Malaysia Online - Malaysia Online Bookstore
No comments:
Post a Comment