Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya
terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh
Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab
menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat,
munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din,
penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari
lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan
masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di
hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi
tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya
kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa
kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan
ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun
semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan
generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang
dahagakan ilmu.”
Sila klick di sini untuk belian secara online (kedai-buku.com)
Penulis | : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz |
Kod Katalog | : TBBK 1157 |
Kod ISBN | : 978-967-5102-88-2 |
Harga | : Semenanjung M'sia - RM75.00 : Sabah / S'wak: RM80.00 |
Sila klick di sini untuk belian secara online (kedai-buku.com)
No comments:
Post a Comment