Friday, October 1, 2010

Bagaimana mahu memajukan perniagaan kedai buku dan alat tulis

Memiliki perniagaan kedai buku dan alat tulis membolehkan saya menjalankan beberapa perniagaan sampingan yang masih berpadanan dan tidak lari konsepnya dengan perniagaan kedai buku dan alat tulis. Perniagaan sampingan yang saya ceburi ialah:
  1. Perkhidmatan fhotostat
  2. Perkhidmatan digital printing
  3. Perkhidmatan scanner
  4. Perkhidmatan binding
  5. Perkhidmatan  laminating
  6. Perkhidmatan membuat kad perkahwinan & bisness card
  7. Perkhidmatan fax
  8. Perkhidmatan  pembungkusan hadiah
  9. Tempahan rubber stamp
  10. tempahan uniform & pakaian
  11. menjual rokok
  12. minuman sejuk
  13. Perkhidmatan pembekalan buku dan alat tulis
  14. pembekalan produk makmal sains dan bengkel kemahiran hidup
Sebenarnya banyak lagi cabang perniagaan yang boleh dilakukan oleh perniagaan kedai buku dan Alat tulis. 

Disamping itu, sesetengah perniagaan diatas boleh dilakukan dengan hanya menjadi agen seperti perkhidmatan tempahan rubber stamp, kad ucapan, tempahan uniform & pakaian, pembekalan kelengkapan makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. hal ini bermaksud, anda hanya menerima komisyen diatas perkhidmatan yang disediakan dan ini akan meminimakan kos pengurusan anda.

Selamat Datang Ke Dunia Usahawan Muslim

7 comments:

  1. salam..bagaimana sekiranya sume bahan2 sudah lengkap tp perniagaan masih x maju lg?

    boleh x terangkan sedikit bagaimana syarikat kedai buku POPULAR itu boleh berkembang pesat sedangkan sekiranya kita lihat kedai POPULAR harga barangnya lebih mahal berbanding dengan kedai2 lain..

    ReplyDelete
  2. wslam..

    yup.. itulah keunikan perniagaan ini.. kenapa bisnes xmaju? kena lihat beberapa faktor

    1. lokasi
    2. sistem pembayaran
    3. Cstmer servis
    4. promosi
    5. kesetiaan pelanggan
    6. penjenamaan bisnes kita
    7. rekod perniagaan sebelum ini

    Perniagaan bukan semata-mata menarik pelanggan dtg membeli tp bagaimana mahu membeli kepercayaan pelanggan..

    ReplyDelete
  3. ada list jual rokok dalam kedai buku?

    ReplyDelete
  4. TAK SETUJU TANG JUAL ROKOK. USAHAWAN ISLAM X KAN JUAL ROKOK KOT..

    ReplyDelete
  5. tidakkah majlis fatwa telah mengatakan merokok itu haram?

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ustaz,

    saya ingin bertanya, saya ingin membuka kedai buku kecil kecilan. yang saya nak tahu bagaimanakah saya hendak mendapatkan stok stok buku itu. Adakah saya perlu membeli dengan modal sendiri ataupun menghubungi syarikat buku itu dan mereka akan meletakkan buku-buku terbitan mereka di kedai saya? Jika saya harus membeli buku-buku itu sendiri, berapa naskhah kah yang patut saya beli bagi sesuatu tajuk?

    ReplyDelete