Assalamualaikum semua...
Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Sebagai usahawan, saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan petua murah rezeki khusus untuk usahawan dan peniaga muslim yang saya amalkan hasil dari pembacaan dan amalan usahawan-usahawan lain.
- Menunaikan semua amalan-amalan wajib dalam islam
- Berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis
- Mengamalkan membaca surah Al-Waqiah sebelum tidur pada setiap malam
- Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW 100 kali setiap kali selepas solat wajib
- Mengamalkan berwirid dengan nama Allah iaitu "Ya Wahab" setiap kali waktu terluang, lebih banyak lebih bagus
- Membanyakan amalan bersedekah.
- Tidak kedekut kepada orang disekeliling anda terutamanya kepada ahli keluarga dan teman rapat
Alhamdulillah dengan amalan ini sudah cukup untuk membuka pintu rezeki DENGAN IZIN ALLAH. Namun begitu, anda wajib IKHLAS di dalam melaksanakan amalan di atas bukan semata-mata untuk kaya dan hidup senang sahaja..
Akhir sekali, saya sangat membangkang keras usaha untuk mengamaalkan amalan syirik yang terkeluar daripada amalan islam seperti amalan pelaris menggunakan sihir dan jin.
Semoga usaha kita diberkati dan kekuatan ekonomi yang kita miliki dapat dikongsikan bersamaa umat islam yang lain..
No comments:
Post a Comment