Saturday, September 18, 2010

Orang kaya terus buat duit, orang miskin terus buat alasan..

Mengapa orang kaya terus kaya, sedangkan orang miskin terus menerus menjadi miskin?

Sebabnya orang kaya memiliki sumber dan mampu untuk melaksanakan apa yang mereka mahukan iaitu menjadin semakin kaya sedangkan orang miskin terus menerus mencari alasan dan bermimpi untuk hidup kaya tanpa sebarang usaha.

Alasan ketiadaan modal, tiada bakat untuk mengubah nasib diri, malu dikritik dan pelbagai lagi alasan lain..

sebagai insan beragama islam, kita mempunyai senjata utuh... berdoa ialah senjata orang muslim..

Tentu kalian semua pernah mendengar tentang bekas penoreh getah yang bergaji RM350 sepuluh tahun lalu kita memiliki aset berjuta-juta dalam akaun banknya. Mengapa mereka boleh berubah? mengapa anda selesa pada takuk yang lama?

Konsep bersyukur pada apa yang kita 'ada' itu benar, namun kita seharusnya berusaha lebih untuk mendapat lebih dari apa yang kita dapat pada hari ini...
bukankah 'TANGAN YANG MEMBERI ITU LEBIH MULIA DARI TANGAN YANG MEMINTA?"

TAK SALAH MENJADI MISKIN, YANG SALAH BILA KITA TAK BERUSAHA..

1 comment:

  1. jgan komen.. .. sapa yg komen maksudnya dia tgh mencipta alasan.. bertindak sekarang

    ReplyDelete