Friday, September 24, 2010

Kepentingan Iman dalam diri usahawan

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah membuat baik kepadamu dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakkan"
Surah Al-Qasas ayat 77 (terjemahan quran Al-hidayah)

Nah, perhatikan terjemahan ayat al-quran diatas. Allah telah menjelaskan agar kita sebagai hambanya supaya  terus menerus mengerjakan ibadah kepadanya tanpa melupakan kebahagiaan kita di dunia. Malah, Allah telah mengingatkan kita sebagai hambanya semasa mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat agar berbuat kebaikkan kepada sesama insan dan melarang kita melakukan kerosakkkan.

Di dalam konteks keusahawanan, suka saya mengingatkan diri saya dan anda semua agar bersederhana mengimbangi keperluan dunia dan akhirat. Maksudnya sebagai usahawan muslim, kita semua haruslah mengimbangi keperluan dunia dan dan kehendak akhirat tanpa kompromi untuk mengutamakan keuntungan di dunia semata-mata dan mengabaikan keperluan akhirat dan juga sebaliknya. Hal ini penting kerana kebergantungan anda sebagai pemilik perniagaan dan pekerja yang menerima gaji daripada perniagaan anda.

Setiap usahawan muslim juga mempunyai tanggungjawap untuk membina kekuatan islam melalui kekuatan ekonomi dan dapat menyalurkan hasil pendapatan mereka melalui pelbagai sumber untuk membina kekuatan ummah sejagat yang lain.

Usahawan dan peniaga merupakan satu kerjaya yang mulia disisi allah. Jesteru itu, kita haruslah mempunyai satu prinsip untuk bersikap jujur, menjaga hubungan dan berbuat baik sesama insan yang juga merupakan pelanggan, pengguna dan pekerja disekeliling kita khususnya.

Selamat berjaya semua
Semoga usaha perniagaan kita diberkati Allah SWT

No comments:

Post a Comment