Assalamualaikum WTH..
Alhamdulillah, bulan pertama tahun 2012 ini perniagaan kami berjalan dengan lancar. Pembukaan cawangan PNN di NSK Rawang dan juga Kiosk kami di Jusco Rawang merancakkan perniagaan kami.
Alhamdulillah juga apabila projek sampingan kami iaitu jualan-jualan di tapak ekspo dan karnival semakin menunjukkan jualan yang memberangsangkan.. begitu juga dengan projek pembekalan alat tulis dan keperluan pejabat.. Alhamdulillah, syukur...
Terima kasih saya ucapkan kepada semua.. kepada kedua ibu bapa kami yang memahami mendoakan, adik-beradik yang memberikan sokongan, kepada para pelanggan yang menyokong dan kepada pembaca blog ini.. InsyaAllah, kami akan terus berusaha mencapai impian semua.. doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat..
Dan teristimewa buat si dia.. maaf, saya terlalu sibuk untuk membahagikan masa.. ^_^