Assalamualaikum WTH..
Pernahkah anda mendengar detik kejatuhan @ kerugian seseorang usahawan atau sesebuah syarikat setelah mendapat sesuatu tender yang besar samada daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta? Saya pasti separuh daripada kalian yang sering mengikuti 'cerita keusahawanan' akan pernah mendengar cerita seperti ini. Mengapakah perkara sebegini terjadi?
Semalam saya berbual dengan seorang sahabat usahawan yang baru kerugian sebanyak RM24k kerana menjalankan satu projek yang tidak pernah wujud yang diperolehi dari seorang 'teman tidak rapat' yang telah dikenali dikalangan 'kami' sebagai penipu! Anda bayangkan tanpa kertas hitam putih, beliau telah melakukan penurapan jalan & kawasan parking disebuah bangunan milik swasta! Setelah beberapa hari projek itu disiapkan, ketika mahu meminta bayaran. Beliau baru menyedari bahawa projek itu tidak wujud, malah temannya itu pula kini menghilangkan diri! Samada beliau ditipu oleh pihak atasan pemilik bangunan itu @ dia ditipu oleh temannya itu, perkara ini boleh dielakkan.
Seringkali para usahawan diluar sana termasuk diri saya sendiri akan merasa sangat teruja tatkala menerima tawaran projek bernilai mega. Pada peringkat ini kami akan mula membanyangkan keuntungan yang bakal kami perolehi.
Namun, perkara yang membezakan diantara usahawan bijak dan usahawan kurang bijak ialah dengan mengkaji segala terma yang terkandung didalam dokumen perjanjian pembelian tender itu. terdapat banyak perkara yang patut kita selidiki seperti:
Namun, perkara yang membezakan diantara usahawan bijak dan usahawan kurang bijak ialah dengan mengkaji segala terma yang terkandung didalam dokumen perjanjian pembelian tender itu. terdapat banyak perkara yang patut kita selidiki seperti:
- Kaedah pembayaran daripada petender- samada pembayaran akan dilakukan setelah tiga bulan projek dilakukan
- Menyelidiki dokumen perjanjian sebelum ditandatangani- pastikan wujud situasi menang-menang
- Kaji kekuatan kewangan kita terutamanya sehingga projek didiapkan dan sementara menunggu tempoh bayaran dibuat
- Kaji kekuatan kewangan syarikat pemberi tender termasuk sejarah pembayaran kepada penerima tender sebelum kita- pastikan tiada kes kelewatan pembayaran mahupun kepincangan pembayaran
- Projek itu wujud secara sah DAN TIDAK MELIBATKAN SEBARANG UNSUR HARAM!
- Halangan yang mungkin wujud- sediakan kos kontigensi
JANGAN TERLALU MELIHAT KEUNTUNGAN, FIKIRKAN JUGA RISIKO