Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, November 24, 2011

Carta Buku Dan Novel Terlaris 25 November 2011 - Berita Harian

Assalamualaikum WTH...


Beduk diketuk karya Pahrol Mohd Juoi


Buku Bukan Cereka (MPH 13 November 2011)
  1. Ensikplopedia Solat: Kombinasi fakta Hukum dan Sains - Rohidzir Rais
  2. Dimana dia dihatiku - Pahrol Mohd Juoi
  3. A Doctor In The House- Tun Mahathir
  4. Beduk diketuk - Pahrol Mohd Juoi
  5. Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab - Datuk Dr Haron Din
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Ombak Rindu - Fauziah Ashari
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Sayangku Casper - Mazni Aznita
  5. Usai.. Aku terima nikahnya - Umie Nadzimah
Buku Bukan Cereka POPULAR (13 November 2011)

  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. Anda bertanya ustaz azhar Idrus menjawap berkenaan persoalan semasa
  3. Bencana Akhir Zaman - Fahrur Muis
  4. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
  5. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
Buku Cereka (Novel)
  1. Akhirnya Aku Kahwin! - Herna Dania
  2. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  3. Uda & Dara - Aisya Sofea
  4. Yess Boss - Areila Sahimi
  5. 7 hari mencintaiku - Siti Rosmizah
(Sumber: Berita Harian 18 November 2011)

P/s: Moga carta ini membantu anda membuat pilihan buku 
@ novel yang perlu anda beli minggu ini... 

(^_^)
4.

Hikmahnya Dakwah Rasulullah

Assalamualaikum WTH...


Hikmahnya Dakwah Rasulullah oleh Yussamir Yussof

Penerbit: Mazni Irfan Publication

ISBN: 978-967-10128-7-1

Harga: RM17.00

Kategori: Umum, Dakwah
Halaman: 144 m/s


“Wahai Ahli Kitab, marilah berpegang kepada satu ketetapan yang tidak ada perselisihan di antara kami dan kamu..." Surah Ali Imran, ayat 64.


Dua perkara yang diseru oleh Allah. Menolak perbezaan yang memecah belahkan, dan mencari persamaan yang boleh menyatukan.



* Benarkah agama di dunia mempunyai persamaan?

* Adakah semua agama menyeru kepada Tuhan yang satu?

* Bagaimanakah Rasulullah dan nabi-nabi berdialog sewaktu menyebarkan agama Islam?
* Benarkah Bible adalah kitab penganut Kristian yang tidak boleh disentuh atau dibaca oleh orang Islam?


Hikmahnya Dakwah Rasulullah, membimbing kita berdakwah melalui pengalaman tokoh pendakwah berpengaruh di dunia. Pelajari bagaimana berdakwah dengan gaya yang lebih mesra, profesional dan tepat.


Yussamir Yusof, seorang penulis bebas, pemikir, dan pengkaji dakwah. Beliau banyak mengkaji dan menulis sebagai kolumnis di akhbar dan majalah mengenai pengkaji ilmu perbandigan agama (Islam-Kristian). Melalui pengalaman beliau yang aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Islamic Information and Service Foundation (IIS) dan Islamic Renaissance Front (IRF), maka lahirlah Hikmahnya Dakwah Rasulullah.



Note: saya tak pasti buku ini akan dijual di PNN kerana penerbit buku ini merupakan penerbit kecil. Tapi InsyaAllah saya akan mencuba menghubungi pihak penerbit ini. InsyaAllah juga, saya nampak sesuatu yang menarik tentang buku ini yang membolehkan buku ini mempunyai daya jual yang tinggi!

4.

Wednesday, November 23, 2011

Fiesta Segamat Gemilang @ Pesta Buku Segamat 25 November hingga 4 Disember 2011

Assalamualaikum WTH..

InsyaAllah pada petang ini, Pustaka Nur Najma akan bertolak ke Segamat bersama-sama teman-teman ekspo. InsyaAllah kami akan bersama-sama membuka booth disana.

Kepada teman-teman diluar sana yang berhasrat untuk mengunjungi booth kami. Diseru agar membawa wang yang secukupnya kerana kami akan menyediakan 300 tajuk buku dari pelbagai penerbit seperti PTS, Telaga Biru, Al-Hidayah, Kumpulan Karangkraff, Mustread, Galeri Ilmu dan lain-lain yang paling hangat dipasaran kini.. ^_^

Doakan barangan dagangan kami akan laris dan kami selamat tiba di Segamat dan kembali semula di Rawang.

saya bersama maskot Ana Muslim...
4.

Sahaja Aku Mencintai Mu - Du'a feat Ustaz Amal

Assalamualaikum WTH...


Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..

Lirik yang sangat-sangat indah... baru kedengaran di IKIM.FM 6.20 pagi, 24hb November... Ditujukan buat yang tersayang di Utara tanah air.. moga kita sentiasa dalam rahmatnya.. ^_^





4.

Tuesday, November 22, 2011

Novel terbaru "Alaf 21" Disember 2011 - Aku Pilih Dia oleh Hezzy Azra, Biru Ungu Cintaku oleh Intan Arnida, Untuk Sekali Lagi oleh Azilah Wahab

Assalamualaikum WTH...



Ingin membaca ulasan untuk trinovel terbaru keluaran syarikat Karangkraff @ lebih tepat lagi novel terbaru "Alaf 21" Disember 2011 - Aku Pilih Dia oleh Hezzy Azra, Biru Ungu Cintaku oleh Intan Arnida, Untuk Sekali Lagi oleh Azilah Wahab?

InsyaAllah saya akan memberinya kepada anda sebentar sahaja lagi.. Harap bersabar semuanya.. ^_^

klik link dibawah ini untuk melihat secara penuh sinopsis novel terbaru Alaf 21 Disember 2011 > http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com/2011/12/novel-terbaru-alaf-21-disember-2011.html
4.

Novel terbaru "buku prima" Disember 2011 - Cinta Yang Terlewat Zuriani Mustaffa, Demi Cinta Ini oleh Syikin Zainal dan Pencuri Cinta Aini oleh Effariza

Assalamualaikum WTH...


Cinta Yang Terlewat oleh Zuriani Mustaffa
Cinta Yang Terlewat
ZURIANI MUSTAFFA
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-14-6
~464 hlm

Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan isteri di saat buah cinta pertama hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya. Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa, seorang isteri yang teringin bergelar seorang ibu setelah beberapa tahun berkahwin. Tanpa cinta yang berputik, mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka.
Tarikh Terbit: 10 Nov 2011



Demi Cinta Ini oleh Syikin Zainal


Demi Cinta Ini
Syikin Zainal
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-13-9
~464 hlm

Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka. Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?
Tarikh Terbit: 31 Okt 2011

Pencuri Cinta Aini Effariza
Pencuri Cinta
Aini Effariza
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-16-0
~508 hlm

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafi z muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.
Tarikh Terbit: 5 Nov 2011



4.

Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid- Novel Terbaru

Assalamualaikum WTH...


Ramlee Awang Mursyid kembali!!! Saya tak mahu mengulas panjang-panjang.. Yang pastinya kedai saya (Pustaka Nur Najma), akan menempah novel ini banyak-banyak untuk dijual kepada peminat-peminat RAM di sekitar Bandar Rawang ini!


Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid- Novel Terbaru

Sinopsis 
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerahkan diri dalam keadaan telanjang bulat

bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Pada tahun 2032, seorang peguam, Rita Yuzalina, menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkai misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.... Trajedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!!!


p/s: saya pasti jualan novel ini akan meletup seperti novel2 RAM yang lalu!



4.

Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza

Assalamualaikum WTH...


Siapa dikalangan kita terutamanya di Malaysia ini yang tidak mengenali Dr Maza ini? Kini PTS bakal menerbitkan karya Ulama terkenal ini> InsyaAllah, saya pasti buku cacatan perjalanan kehidupan Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza ini bakal menggegarkan penjualan buku di Malaysia..


 Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat oleh Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-366-104-6 
Tarikh Terbit: 21 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Islam Umum
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


Sinopsis

Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.
Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpkasikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.
"Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata."

KANDUNGAN
  • Prakata
  • Kembara Mencari Bekalan Perjuangan
  • Jangan Takut Bawa Pembaharuan
  • Jumud Mengundang Kebangkitan Liar   
  • Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan dan Kemanusiaan
  • Akal Mengukur Maklumat  
  • Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya
  • Tegas Berakidah, Luas dalam Fikah
  • Antara Tudung dan Cawat Besi
  • Sekiranya Kita Menghayati Perjalanan Ini
  • Poligami: Pro-Barat ataupun Islam?
  • Wanita, Pastikan Arah Perjuanganmu!
  • Maulid: Antara Sejarah dan Amalan
  • Islam: Prinsip ataupun Alat?
  • Salam untuk Perdana Menteri Baru
  • Mengapa Rakyat Tidak Puas Hati?
  • Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
  • Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
  • Ulama ataupun Profesional Jadi Pemimpin?
  • Daulah Islamiyah: Dahulu dan Sekarang
  • Misteri Wahabi di Malaysia
  • Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu
  • Jangan Lebih Lajak daripada Laju
  • Kembara Merentasi Benua Kehidupan
  • Album Kenangan
Penulis



Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lahir pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang. Dr. Mohd Asri meraih Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari University of Jordan, Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ph. D Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan lima Ijazah Hadith Bersanad menerusi jalur ulama India.

Dr. Mohd Asri merupakan seorang kolumnis tetap mingguan di akhbar Mingguan Malaysia (Mac 2007 - sekarang), selain mencambah dan menyebar ilmunya di laman web beliau MINDA TAJDID: drmaza.com. Sejak tahun 2003, Dr. Mohd Asri sudah menghasilkan sebanyak 21 buah buku menerusi pelbagai saluran penerbitan. Di samping itu, beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sejak tahun 2004 sehingga 2008 dengan jumlah sebanyak 44 judul kertas kerja. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Beliau yang juga seorang pensyarah tetap di Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom (UK) di bawah USM.



4.

Monday, November 21, 2011

Kuntum Cinta di Taman Syurga

Assalamualaikum WTH...


Kepada semua pengunjung blog TUM ini yang mahu mencari novel bergenre islami. Saya mencadangkan kepada anda novel ini. InsyaAllah bermanfaat untuk kita semua.. (^_^)


Kuntum Cinta di Taman Syurga Thoyba Mursyidah
Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-54-8 
Tarikh Terbit: 11 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 304
Kategori: novel
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd


Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan. Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap, sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit? Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.




4.

Sunday, November 20, 2011

Erk... adik tak pakai bra ke?

Assalamualaikum WTH...



Saya: Erk... adik tak pakai bra ke?
A      : Nampak sangat ke bang?
Saya: Taklah.. baru terkeluar suku je.. kalau terkeluar semua baru orang semua tahu adik ni tak
          pakai bra..
A      : ...........................................

Peristiwa ni berlaku beberapa jam yang lalu.. Namun saya tak bermaksud memasukkan entri berbaur lucah di blog ini. Cuma saya ingin berkongsi sesuatu dengan khalayak melalui entri ini.

Saya pasti anda semua pernah melihat remaja wanita berpakaian sebegini seksi diluar sana.   Samaada anda hanya berupaya untuk menegur kesalahan mereka didalam hati atau menegur mereka secara lisan dan berhemah, perkara ini seakan sudah menjadi trend dewasa ini. Namun sesuatu yang amat dikesali sekiranya ia dilakukan orang islam.

Anak gadis berbangsa melayu dan cnfrm beragama islam yang saya tegur itu mungkin berada didalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun. Dia datang bersama-sama teman lelakinya ke kedai saya. Umur yang masih muda untuk bercinta dan terlalu muda untuk dibenarkan keluar berjalan dengan teman bukan muhrim secara berdua-duaan. 


Hm.. apa agaknya yang berada didalam fikiran anak gadis itu ketika memilih untuk menggayakan pakaian sedemikian? Mungkinkah dia berasa bangga kerana berani menggayakan fesyen yang mampu memancapkan mata kami kaum adam?


Mujur kerana ketika itu pelanggan kedai saya agak ramai. Dan saya hanya mampu menuturkan beberapa patah perkataan sahaja ketika anak ganis itu membayar dikaunter.

Wahai mereka diluar sana!
  1. Hm, dimanakah peranan ibubapa dan ahli keluarga yang lain dalam menentukan kod berpakaian dan kod sosial untuk anak-anak? 
  2. Apakah kita perlu berbangga dengan "aset dunia"  yang dipinjamkan oleh pencipta kita sehingga perlu menunjukkan "aset dunia" itu yang bakal mungkin membakar kita dineraka kelak?
  3. Hmmm....

4.

Nabi Muhammad SAW wafat akibat diracun?

Assalamualaikum WTH...


Alhamdulillah masih diberi nafas dan ruang untuk menulis diblog ini. Sebenarnya saya masih lagi keletihan.. Kelmarin iaitu pada 19 dan 20 hb november 2011, saya mewakili PNN telah menyertai satu jualan di tapak Karnival Pantai anjuran syarikat Utusan Malaysia.

Alhamdulillah juga, jualan PNN di sana hebat.. dan yang paling best saya dapat melakukan aktiviti mandi dipantai yang kali terakhir saya pernah lakukan pada hampir 15 tahun yang lalu! 

Hm, kembali kepada tajuk diatas... Nabi Muhammad SAW wafat akibat diracun? Sebenarnya ketika saya sedang berurusan dikarnival itu, saya didatangi oleh seorang lelaki pertengahan umur. Ketika itu dia sedang membelek buku "40 hadis palsu popular". Sambil membelek buku itu dia sempat berkata kepada saya "Jangankan yang tertulis 40 hadis ini sahaja, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari malah oleh sesiapa sahaja adalah palsu! kita sebenarnya hanya boleh terima hadis HANYA DARI KETURUNAN RASULULLAH SAHAJA kerana perawi hadis ini tidak pernah bertemu nabi SAW!"

Wah.. mendengar perkataan beliau itu tiba-tiba darah saya mendidih naik. Betapa dangkalnya  lelaki itu. Namun saya cuba berlembut. Saya bertanya kepadanya secara lembut apakah maksud hadis dan siapa pula waris keturunan nabi yang menulis hadis beliau? Namun soalan saya itu tidak terjawap...

Tiba-tiba juga lelaki itu berkata lagi... "Awak tahu Nabi Muhammad SAW wafat akibat diracun? buku-buku sejarah tak pernah tulis yang benar...."

Kali ini nada suara saya sudah bertukar agak tinggi dan badan saya mula menggigil.. Nabi Muhammad SAW difitnah wafat akibat diracun? 

Jika anda sedang berada ditempat saya, apa yang akan anda jawap?




4.

Thursday, November 17, 2011

Carta Buku Dan Novel Terlaris 18 November 2011 - Berita Harian

Assalamualaikum WTH..





Buku Bukan Cereka (MPH 13 November 2011)
  1. Ensikplopedia Solat: Kombinasi fakta Hukum dan Sains - Rohidzir Rais
  2. Dimana dia dihatiku - Pahrol Mohd Juoi
  3. A Doctor In The House- Tun Mahathir
  4. Beduk diketuk - Pahrol Mohd Juoi
  5. Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab - Datuk Dr Haron Din
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Ombak Rindu - Fauziah Ashari
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Sayangku Casper - Mazni Aznita
  5. Usai.. Aku terima nikahnya - Umie Nadzimah
Buku Bukan Cereka POPULAR (13 November 2011)

  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. Anda bertanya ustaz azhar Idrus menjawap berkenaan persoalan semasa
  3. Bencana Akhir Zaman - Fahrur Muis
  4. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
  5. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
Buku Cereka (Novel)
  1. Akhirnya Aku Kahwin! - Herna Dania
  2. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  3. Uda & Dara - Aisya Sofea
  4. Yess Boss - Areila Sahimi
  5. 7 hari mencintaiku - Siti Rosmizah
(Sumber: Berita Harian 18 November 2011)

P/s: Moga carta ini membantu anda membuat pilihan buku 
@ novel yang perlu anda beli minggu ini... 

(^_^)
4.

Wednesday, November 16, 2011

I Love You Mom

nfhfhj

I Love You Mom- Rizky Banjary
Tajuk : I Love You Mom
Penulis : Rizky Banjary
ISBN : 978-967-5426-92-6
Harga : RM 16.90

Sinopsis:

Bilakah anda mesti membaca buku ini?
  1. Jika anda adalah seorang anak yang berbakti dan ingin mempersembahkan yang terbaik untuk ibu
  2. Jika anda seorang anak yang baik dan ingin membalas perjuangan serta pengorbanan yang telah ibuberikan, namun tidak tahu bagaimana cara  mengungkapkan perasaan anda itu.
  3. Jika anda seorang anak yang pandai dan mengerti bagaimana cara membahagiakan ibu
  4. Jika anda seorang anak yang mengharapkan kepercayaan, perhatian dan kasih sayang  yang  lebih daripada ibu
  5. Jika anda adalah seorang anak yang belum pernah melakukan kesalahan kepada seorang yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan anda
  6. Jika anda seorang anak yang lupa akan jasa-jasa ibu selama ini, buku ini untuk anda.
  7. Jika anda seseorang yang menyayangi saudara, keluarga dan sahabat anda, maka bacalah buku ini dan ajarkan pada mereka apa yang anda dapat.
  8. Jika anda seorang ibu yang ingin memberikan beberapa nasihat secara tidak langsungkepada putera-puteri anda, maka anda perlu menghadiahkan buku ini untuk mereka
  9. Jika anda seorang pendidik, guru atau pendakwah yang ingin memberikan bimbingan kepada para anak agar membina hubungan baik dengan ibu, anda perlu membaca buku ini.

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapa besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu




gfj 4.

Khilaf

Assalamualaikum WTH...


(Khilaf oleh Abdul Mu'izz)


Tajuk : Khilaf
Penulis : Abdul Mu'izz
ISBN : 978-967-5426-89-6
Harga : RM 25.00 / RM 28.00

Sinopsis:

Secara fitrah, manusia sememangnya dikurniakan kekuatan dan cara pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Atas fenomena tersebut, terbitbanyak perbezaan pandangan di kalangan mereka seterusnya membentuk pelbagai aliran.

Oleh kerana perbezaan pandangan tanpa batasan semakin membarah, membuatkan mereka semakin jauh menyimpang dari syariat Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai satu-satunya cara hidup. Kemudian diutus para nabi dan rasul untuk membimbing manusia menuju keredaan Allah SWT. Kehadiran para nabi dan rasul Allah SWT bertujuan sebagai guru dan pembimbing kepada manusia. Menceritakan khabar gembira buat mereka yang taat mengikuti Islam secara sempurna dan memberi peringatan azab pembalasan di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar. Dengan itu disertakan bersama utusan-utusan Allah SWT, kitab yang menjadi rujukan buat manusia.

Justeru, peranan kita adalah berusaha mengejar kelayakan semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dalam pencarian terhadap kebenaran yang hakiki. Dengan kesungguhan itu, moga dibimbing ke jalan yang lurus. Ia mencakupi aspek aqidah, ibadat, cara hidup dan syiar syariat Islam yang ulung. Kesimpulan secara umum yang boleh diambil, sesungguhnya perbezaan pandangan ataupun khilaf antara manusia dikenal pasti terbahagi kepada tiga bahagian.


4.

Tuesday, November 15, 2011

Mudahnya Berkahwin dalam Islam

Assalamualaikum WTH...


(Mudahnya Berkahwin dalam Islam Muzayyanah Abdullah)
Harga: RM 5.00 / RM 6.00
ISBN-13: 978-967-366-115-2 
Tarikh Terbit: 17 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 80
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis

Apabila hidup keseorangan, kita sunyi
Apabila perlukan teman, kita mencari
Apabila berhajat kepada pasangan, kita berkahwin
Apabila berkahwin, kita punya keluarga
Apabila berkeluarga, kita perlu memelihara
Apabila ada masalah, kita perlu cari penyelesaian

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan itu pasti lahirnya daripada sebaran cinta, rindu dan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak. Lengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga demi mencapai impian anda.
Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui:
  •          Hukum Berkahwin
  •          Pemilihan Calon Isteri dan Suami
  •          Mahar dan Walimatul Urus
  •          Tanggungjawab Suami dan Isteri
  •          Cerai dan Rujuk
  •          Poligami
  •          Dan Pelbagai Isu Perkahwinan yang Lain



P/s : Hmmmmmmmmmmmmmmm


4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...