Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, April 26, 2011

Berhati-hati dengan pembelian pukal @ tender swasta

Assalamualaikum WTH..

Pernahkah anda mendengar detik kejatuhan @ kerugian seseorang usahawan atau sesebuah syarikat setelah mendapat sesuatu tender yang besar samada daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta? Saya pasti separuh daripada kalian yang sering mengikuti 'cerita keusahawanan' akan pernah mendengar cerita seperti ini. Mengapakah perkara sebegini terjadi?

Semalam saya berbual dengan seorang sahabat usahawan yang baru kerugian sebanyak RM24k kerana menjalankan satu projek yang tidak pernah wujud yang diperolehi dari seorang 'teman tidak rapat' yang telah dikenali dikalangan 'kami' sebagai penipu! Anda bayangkan tanpa kertas hitam putih, beliau telah melakukan penurapan jalan & kawasan parking disebuah bangunan milik swasta! Setelah beberapa hari projek itu disiapkan, ketika mahu meminta bayaran. Beliau baru menyedari bahawa projek itu tidak wujud, malah temannya itu pula kini menghilangkan diri! Samada beliau ditipu oleh pihak atasan pemilik bangunan itu @ dia ditipu oleh temannya itu, perkara ini boleh dielakkan.

Seringkali para usahawan diluar sana termasuk diri saya sendiri akan merasa sangat teruja tatkala menerima tawaran projek bernilai mega. Pada peringkat ini kami akan mula membanyangkan keuntungan yang bakal kami perolehi.

Namun, perkara yang membezakan diantara usahawan bijak dan usahawan kurang bijak ialah dengan mengkaji segala terma yang terkandung didalam dokumen perjanjian pembelian tender itu. terdapat banyak perkara yang patut kita selidiki seperti:
  1. Kaedah pembayaran daripada petender- samada pembayaran akan dilakukan setelah tiga bulan projek dilakukan
  2. Menyelidiki dokumen perjanjian sebelum ditandatangani- pastikan wujud situasi menang-menang
  3. Kaji kekuatan kewangan kita terutamanya sehingga projek didiapkan dan sementara menunggu tempoh bayaran dibuat
  4. Kaji kekuatan kewangan syarikat pemberi tender termasuk sejarah pembayaran kepada penerima tender sebelum kita- pastikan tiada kes kelewatan pembayaran mahupun kepincangan pembayaran
  5. Projek itu wujud secara sah DAN TIDAK MELIBATKAN SEBARANG UNSUR HARAM!
  6. Halangan yang mungkin wujud- sediakan kos kontigensi
Mungkin pengalaman ini sedikit sebanyak membantu kita, teruskan berdoa agar perniagaan kita berjalan lancar dengan redha Allah SWT..

JANGAN TERLALU MELIHAT KEUNTUNGAN, FIKIRKAN JUGA RISIKO




4.

Syair Perahu - Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.


(saya cari gambo perahu tak jumpa, jumpa gambo bot fiber ni je.. huhu)

  4.

Thursday, April 21, 2011

7 (tujuh) hari mencintaiku karya Siti Rosmizah





"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak o...rang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
Harga untuk novel 7 Hari Mencintaiku...
RM 32.90 untuk semenanjung
RM 35.90 untuk sabah dan sarawak
1050 pages...

*********************************************

Novel terbaru Siti Rosmizah.. Saya berani jamin novel ni boleh jejak sales paling kurang 60000 naskah.. Novel SR yg btajuk 'cinta kau & aku je hampir 75k, 'lafazkan kalimah cintaku' 12 kali diulang cetak... best kan? jom dptkn kat pesta buku... 23 ni dia launching...
4.

Tuesday, April 19, 2011

MELAKAR CINTA Di PINTU SYURGA

m

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga






.
4.

Monday, April 18, 2011

Pelancaran Novel Terbaru Sempena Pesta Buku Kuala Lumpur 2011

Assalamualaikum WTH..
Sebagai pemilik kedai buku, saya begitu teruja menunggu kedatangan Pesta Buku Kuala Lumpur, antara buku-buku yang bakal dilancarkan pada pesta buku kali ini ialah: 
1. NOVELIS FAUZIAH ASHARI kembali menulis bersama BUKU PRIMA! Temui beliau di DEWAN TUN DR ISMAIL, PWTC pada 23 April 2011 jam 2.00 hingga 3.00 petang
2. NOVELIS RAMLEE AWANG MURSYID dengan karya terbarunya 'Sutera Bidadari'- lanjutan dari novel cinta sufi
3. Karya terbaru Pak Wisnu (Muhammad Alexander) pengarang karya hebat "Armagedon 2012, Yakjuj Makjuj....
4. Anis Ayuni 
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
 
 JOM SERBU PESTA BUKU!
.
4.

Al-Fatihah tanpa Surah Al-Fatihah?

Assalamualaikum WTH..

Hari ini saya terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan khalayak sekalian mengenai satu tajuk yang agak ringkas.

Saya pasti anda semua seringkali mendengar berita kematian yang disebarkan melalui melalui laman-laman sosial seperti facebook & tweeter. Setelah sesorang teman mengkhabarkan satu berita kematian seseorang muslim, akan berduyun-duyunlah para sahabat akan memberikan ucapan-ucapan takziah dan 'al-fatihah'. Alhamdulillah, moga dengan penyebaran berita ini, simati dapat menerima manfaat daripada 'hadiah bacaan surah al-fatihah' daripada kita yang hidup ini.

************************************
Kelmarin saya sempat bertanyakan pernyataan diatas ini bersama dua orang teman, pernahkah mereka menyedekahkan bacaan al-fatihah diatas ucapan takziah yang mereka ucapkan dilaman sosial? Jawapan mereka adalah TIDAK! Malah pada sebelah malamnya saya sempat bertanyakan kepada beberapa orang teman di laman FB, jawapan mereka juga  masih sama iaitu TIDAK!

Hm, apabila saya menyoal mereka mengapakah mereka begitu tegar untuk menulis perkataan 'Al-Fatihah' dipost wall laman FB yang mengkhabarkan berita kematian itu tanpa menyedekahkan bacaan Al-Fatihah? Jawapan mereka ialah  > mereka sekadar mahu untuk menunjukkan rasa simpati mereka semata-mata! Malah daripada 10 orang yang saya tanyakan  soalan ini, hanya 2 orang sahaja yang benar-benar menghadiahkan pahala bacaan fatihah kepada simati!

Ya Allah, mungkinkah terdapat unsur penipuan tanpa sedar disini!

OK, sebelum saya mengundur diri, semoga kita selepas ini 'benar-benar' memberikan fatihah dengan fatihah. dan jangan memberi fatihah tanpa fatihah!

BUKANKAH TANGAN YANG MEMBERI ITU SANGAT MULIA! 


(Al-fatihah buat adinda kesayangan: Abdul Naim Bin Haji Rahmat-
Uda rindu sama kamu- moga rohmu dicucuri rahmat)





m
4.

Jangan Halang Malaikat Hadir Ke Premis Perniagaan kita

Assalamualaikum WTH..

Sabda Rasulullah SAW:

"Tidak akan masuk para malaikat dalam rumah yang ada anjing, dan tidak juga yang ada patung"

Sahih Muslim

****************************************************************************************************
Jangan menghalang malaikat hadir ke dalam rumah @premis perniagaan.Benarkah malaikat tidak akan memasuki rumah kediaman yang terdapat anjing dan patung didalamnya? Hm, para ulama telah bersepakat bahawa malaikat yang disebutkan didalam hadis diatas merupakan malaikat rahmat.

Jadi jangan ngada-ngada konon bela anjing & simpan patung dengan tujuan agar malaikat maut tak akan masuk untuk mencabut nyawa anda! Malaikat pencatit amalan juga akan tetap bersama anda setiap saat, jangan nak ngada-ngada bela anjing & simpan patung untuk membolehkan anda melakukan maksiat!

Kesimpulannya, kalu mahu rumah dan premis perniagaan kita selalu dimasuki dan dikunjungi malaikat terutamanya malaikat rahmat:

1. Jangan bela anjing !
2. Jangan simpan patung!

Namun begitu, terdapat beberapa kelonggaran dalam hal ini jika:

1. Membela anjing untuk menjaga kediaman @ kebun dari penceroboh yang berleluasa seperti binatang liar dan pencuri
2. Patung yang digunakan untuk tujuan pembelajaran & permainan kanak . Bukan untuk dipuja dan disimpan


4.

Friday, April 15, 2011

Lagu Tema Nur Kasih The Movie - Bertemu Cinta (you tube & lirik)

m
Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara

Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya

4.

Friday, April 8, 2011

Dalam dilema

Assalamualaikum WTH....

Minggu ini minggu pelik pada saya... tiga orang sahabat perempuan saya mengajak untuk berkahwin dengan mereka. Dua daripada mereka merupakan teman sebaya saya manakala seorang lagi muda setahun dari saya.

Saya tak tahu apa yang menarik tentang saya hingga agak kerap dipelawa dengan tawaran sebegini walaupun mereka tahu saya sudah berpunya.

Dua daripada mereka mempelawa saya untuk bernikah semata-mata untuk mendapatkan zuriat manakala seorang lagi sukar untuk dijelaskan disini. Kesemua mereka merupakan kakitangan kerajaan peringkat tinggi dan saya pernah bersekolah dan sekampus bersama mereka dan saya akui mereka memang insan dan wanita baik yang memiliki ciri2 wanita idaman.

Mungkinkah ini namanya dugaan 'orang berdarah manis?'

Ya Allah, kukuhkanlah iman kami dan berikan kami yang terbaik.. AMIN
4.

Usahawan muslim berjiwa pengguna?

Assalamualaikum wth..

Sebelum ini kita seringkali mendengar ayat seperti 'sultan berjiwa rakyat', 'pemimpin berjiwa rakyat' dan pelbagai lagi. Tapi pernahkan anda mendengar perkataan 'usahawan muslim berjiwa pengguna?


Usahawan muslim berjiwa pengguna merupakan satu konsep baru yang meletakkan diri dan jiwa pihak usahawan tidak hanya sebagai usahawan, malah turut berjiwa pengguna. Konsep ini bermaksud pihak usahawan muslim tidak lagi hanya berada sebagai pemilik perniagaan tetapi juga sebagai pengguna produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Mengapakah pihak usahawan muslim harus berjiwa pengguna? Sebagai usahawan muslim, kita wajib meletakkan kepentingan pengguna terutamanya kepada pengguna muslim sebagai keutamaan didalam penghasilan produk atau perkhidmatan.

Mengapakah kita perlu bersikap sedemikian? Apakah kepentingan berjiwa pengguna?

Sebagai pengguna muslim, kita diwajibkan untuk mencari sesuatu produk yang terjamin halal dan suci yang tidak memiliki sekelumit unsur-unsur subahat yang diragui 'kehalalannya'. Oleh itu kita sebagai usahawan tidak harus hanya menumpukan 100% kepentingan perniagaan tanpa mengambilkira jiwa pengguna yang akan membayar produk kita.

Adakah kita sebagai usahawan mahu terjerumus kedalam neraka kerana memberikan & menghalalkan sumber haram yang digunakan dalam produk kita? Silakanlah jika anda mahu menempah neraka dan bertaubatlah sekiranya anda pernah melakukannya!

Apakah pihak pengguna mahukan dalam setiap produk dan perkhidmatan yang mereka bayar?
  1. Perkhidmatan yang telus
  2. Perkhidmatan & produk yang terjamin halal tanpa unsur meragukan!

(di kedai ayah saya.. walaupun kedai kecil, tapi sales utk produk BTC & FnN kedai ayah saya adalah top 10 untuk kategori kedai runcit di seluruh daerah Kota Tinggi. Kadang2 juga sales harian kedai ayah lebih tinggi dari sales PNN! Hebat!)






4.

The Zikr - Dunia Baru Islam (wif lyric)



Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam
4.

Thursday, April 7, 2011

Syamail Al-Quran The Refference 22 in 1 (terkini!)

Assalamualaikum WTH..

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Syamail Al-Quran The Refference 22 in 1 seperti gambar dibawah boleh menghubungi saya di email azraay17@gmail.com dengan harga RM180 beserta kos pos percuma (semenanjung Malaysia sahaja- Sabah & Serawak sila tambah RM20 kos pos)

CIRI-CIRI AL-QUR'AN
22 in 1


1.       
Terjemah Tafsiriyah Per Kata

2.       Keyword 
3.       Sistem Pewarnaan Tajwid
4.       Panduan Hukum Tajwid
5.       Terjemahan Kementerian Agama
6.       Munasabah Ayat dan Surah
7.       Tafsir Ath-Thabari
8.       Tafsir Ibnu Katsir
9.       Hadits Sahih
10.    Doa dan Zikir
11.    Kosakata
12.    Asbabunnuzul 
13.    Doa Dalam Al-Qur’an
14.    Khazanah Pengetahuan
15.    Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16.     Asmaul Husna Effect
17.    Indeks Tematik
18.    Sirah Nabawiyah (bonus)
19.    Atlas Sirah Nabawiyah (bonus)
20.    Analisis Peta (bonus)
21.    Zikir Al-Ma’thurat (bonus)
22.    DVD metod SYABANA (bonus)


4.

Wednesday, April 6, 2011

Kelab Jejaka Tampan - Zyryl Amzari

Assalamualaikum WTH...
Ni yang saya suka, novel remaja pertama yang menyingkap permasalahan pemuda kacak... Mungkin kalian diluar sana sukar untuk mengerti perasaan insan kacak seperti kami ini..  Oleh itu hayatilah karya agung ini. Hehehe...


Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5783-72-2
Tarikh Terbit: 15 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 416
Kategori: Remaja, umum, dewasa umum
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd


Kisah ini berkenaan tujuh jejaka pilihan. Kata Suzana, jejaka pilihan adalah jejaka yang berkarisma, berdaya memimpin, berani dan segala yang baik-baik belaka. Jejaka pilihan ditentukan oleh jiwa, bukan oleh rupa.

Bagi Amy pula, senang sahaja – Jejaka pilihan adalah jejaka yang tampan. Jejaka yang tampan adalah Halim dan Encik Kamarul, tiada yang lain lagi.

Lalu Amy menamakan cabaran yang dibawakan oleh Lydia sebagai ‘Cabaran mencari ahli Kelab Jejaka Tampan’. Ahli-ahlinya adalah jejaka terpilih. Keahliannya tidak terbuka kepada sesiapa. Keahliannya melalui jemputan sahaja. Cuma ada satu masalah... jejaka-jejaka terpilih tidak boleh tahu mereka terpilih.

Syyhhh.... jejaka tersebut mungkin anda. Jadi, sekiranya anda ternampak seseorang cuba merakam foto anda, pura-puralah tidak nampak. Malah anda patut melakukan aktiviti anda dengan lebih bersemangat dan lebih gaya.

Yang benar,
Pengintip Bersiri
4.

Tuesday, April 5, 2011

2 minggu yang sibuk...

Assalamualaikum WTH..

Wah... dah hampir 2 minggu xjengah blog ini sejak kedatangan mak ayah saya kesini hinggalah pagi ini. Sibuk benar rasanya... baru habis susun semula stok kedai, tambah rak dan stok secara besar-besaran dan pelbagai urusan di PNN.. Nak berjumpa kekasih hati pun tak sompek dalam dua minggu ni...

Hm, berita baik... saya demam harini.. demam sebab dah dua ari nikotin tak masuk dalam badan ni.. Ni tengah hampir nazak lani kat umah... sebenarnya saya dalam proses nak berenti merokok. Alhamdulillah atas galakan yang tersayang (takut mati pucuk pun ye jugak sebenarnya - orang darah manis la katakan... hehe..)

Susah nak tinggalkan habit yang dah saya mulakan sejak umur awal remaja tu.. dah macam orang parkinson pun ye jugak sekarang ni.. menggigil je badan ni..

Doakan saya dapat berhenti merokok ea... 

note: hisap rokok secara aktif sejak umur 16 tahun.. sekarang umur saya 31 tahun.. jika dalam tempoh 16 tahun itu saya membelanjakan secara purata RM8.50 sehari untuk sekotak rokok. Saya dah boleh beli bas second hand secara tunai dengan nilai RM46 920 tu... Mari berhenti merokok semua! (kpd yg berkaitan sahaja...)

 k, nak sambung demam ni...


4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...