Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, February 28, 2011

Koleksi surat saman saya...

Assalamualaikum WTH...

Cuba korang kira surat saman saya tu?
  • 5 saman bawak laju
  • 2 saman parking di pili bomba
  • bakinya saman parking...
Agaknya kalu speaker tu lagi tinggi, makin panjanglah surat saman tu... RM1200 terbang... huhu..

Hm.. ini koleksi saman dari tahun 2004 ye.. bukan dalam masa setahun..

m 4.

Chelsea VS Man U 1st mac 2011

Assalamualaikum WTH....

Pagi ini akan berlangsung satu game yang paling dinantikan dalam EPL. Sebagai penyokong  tegar team Chelsea, saya amat berharap game ini akan dimenangi oleh Chelsea untuk menutup keangkuhan manchester united...

Insyallah, malam ini saya akan beri live streaming kepada anda....
 1. http://www-andreamattioda-it.blogspot.com/2010/10/can-6.html
2. http://www-andreamattioda-it.blogspot.com/2002/10/can-11.html

Barisan kemungkinan Chelsea malam ini:

Cech
Cole, Terry (C), David Luiz, Bosingwa
Lampard, Essien, Mikel, Ramires
Anelka, Torres
 sub:
Turnbull, Ivanovic, Drogba, Zhirkov, Ferreira, McEachran, Malouda


(Player kegemaran saya: Jose Bosingwa)

Target malam ni:
Chelsea FC 2: Man U 0
4.

Stok majalah baru tiba hari ini -28 Februari 2011

  1. Aniqah isu Mac
  2. Cleo (M) 185 Mac
  3. Kunang-kunang Mac, 11
  4. Milenia Muslim mac
  5. URTV isu 787

4.

Stok dari karangkraff baru tiba... 28/2/2011

Assalamualaikum WTH..
Setelah hampir seminggu, akhirnya stok yang ditempah dari karangkraf di bawah label Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari, Novel Nur dan Aneka selamat tiba di PNN pada pukul 12.30 pagi tadi. 
Kebanyakkan buku yang ditempah dari syarikat Karangkraf ini ialah buku bergenre novel popular, agama dan dakwah, resepi dan motivasi.
Antara produk yang tiba pagi tadi ialah:

  1. Tumbioro terakhir
  2. Hingga ke akhirnya
  3. Tajdid Cintamu
  4. Akhir sebuah cinta
  5. Cinta kau dan aku
  6. Jangan bilang benci
  7. Cintamu Nadiku
  8. Juara carta cinta
  9. Coklat, bunga dan si cupid 
  10. Rayyan Fantasi
  11. Masih setia
  12. Awan rindu
  13. dan banyak lagi buku keluran buku oasis, buku motivasi dan resepi...


 Hm, ada sesuatu yang kelakar tentang En Azam (sales exec karangkraf) harini, tadi dalam pukul 3 lebih dia telefon saya dan bertanyakan waktu saya menutup operasi kedai pukul berapa? Rupa-rupanya majalah solusi yang dia buat alas untuk menandatangani invoice telah dibawa bersama-samanya masuk kedalam van dan dibawa ke Kuala Kubu Baru.. ni pun saya tak tahu dia akan datang pukul berapa agaknya untuk memulangkan kembali majalah solusi itu. Saya pun tak perasan dia bawa buku itu.... tak kisah pun sebenarnya dia mahu pulang bila-bila masa majalah itu.Tapi dia yang takut terhilangkan majalah itu..


4.

Sunday, February 27, 2011

"Bang, Quran yang tak ada 'alif lam mim' ada tak?"

Assalamualaikum WTH...

Pagi semalam, ada seorang wanita warga indonesia datang ke kedai saya. (saya cuma teka sahaja dari tutur katanya dan gaya dia berpakaian)...

"Nak cari apa dik?" soal seorang pemuda tampan....

"Bang, Quran yang tak ada 'alif lam mim' ada tak?" soalnya...

Adeh... saya menjawab didalam hati... wujudkah naskah Al-Quran tanpa huruf 'alif lam mim' itu?

"hm, sebenar mahu quran macamana ea?" tanya saya sambil berjalan untuk menunjukkan rak pameran Al-Quran kepada pelanggan itu..
Kemudianya pelanggan itu membelek naskah surah yasin yang terletak berhampiran rak Al-Quran. Saya biarkan dia membelek beberapa naskah surah yassin itu dari jauh...

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh wanita itu, Quran yang tak ada 'alif lam mim' agaknya...........

CIS.... kalu dia sebut surah yassin terus tadi kan senang... janganlah kelirukan saya dengan ayat Quran yang tak ada 'alif lam mim'. 

Atau mungkin dia terpegun dengan ketampanan insan yang menegurnya sebelum itu lalu lidahnya kelu untuk menuturkan yang sebenarnya? Hehehe......





4.

Jangan jadikan bisnes anda sebagai 'tiket' ke neraka!!

Assalamualaikum WTH..

Malam semalam saya berbual dengan seorang teman usahawan dan seorang pegawai tinggi kerajaan di restoran mamak. Kami berbual tentang pelbagai isu semasa sambil menonton bola di layar lebar. Tapi, topik menarik kami malam itu ialah amalan rasuah...

Sejujurnya juga saya akui, bahawa amalan rasuah dikalangan usahawan sangat berleluasa. Terutamanya untuk mendapatkan projek-projek. Samada rasuah berbentuk wang ringgit, wanita, percutian dan pelbagai bentuk lagi.

Saya sendiri sebagai usahawan bukan sekali dua menerima pelawaan untuk rasuah ini ketika melobi sesuatu projek. Hmmm.... 

Jika saya seorang yang sangat mementingkan kekayaan, di dunia ini tanpa mengira hukum halal haram, saya sudah kaya sejak empat tahun lepas ketika mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan ini!

Sebagai usahawan kita sering terdedah kepada 'tiket' ke neraka seperti amalan rasuah,menipu untuk meraih keuntungan besar, menipu kualiti barangan, menipu sukatan dan pelbagai lagi amalan berdosa...

Wahai pihak usahawan terutamanya diluar sana.dan diri saya sendiri! Marilah kita semua mengamalkan persaingan bisnes yang sihat! kepada usahawan muslim terutamanya, jangan kita jadikan rezeki haram untuk mengisi perut keluarga dan pekerja kita. Ingatlah bahawa NERAKA itu wujud!

Ingatlah semua sahabat! Soalan Allah SWT diakhirat kelak tentang 'dimana harta kita diperolehi dan dibelanjakan" sangat berat untuk dijawab! itu belum pertanyaan-pertanyaan lain!



Jangan jadikan bisnes anda sebagai 'tiket' ke neraka!!
4.

Friday, February 25, 2011

1st contest anjuran travelogusahawanmuslim.blogspot

Syarat-syarat penyertaan :

1. Anda mesti mempunyai blog sendiri.
2. Anda dijemput menjadi follower Travelog Usahawan Muslim.
3. Post satu entri tentang contest ini di dalam blog anda dengan tajuk "1st Travelog Contest Usahawan Muslim" dan letakkan "banner" di atas berserta  link terus ke blog ini.
4. Letakkan juga "banner" diatas disisi blog anda dengan tajuk "1st Contest TUM" & link terus ke page ini
5. Salin dua ayat dibawah dan sambung mengikut kreativiti anda (tidak kurang dari 10 patah    perkataan dan jika lebih sampai 200 patah perkataan adalah dialu-alukan.....)
6.Tag 5 orang atau lebih rakan blog anda dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
7.Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini supaya senang saya buat lawatan.
8. Pemenang akan dikira melalui jawapan kretif bagi soalan ke-2

Contest ini akan berakhir pada 24 Mac 2011 jam 12.00pm (birthday saya.....)

Ayat yang perlu disambung itu ialah:

1. Blog Travelog Usahawan Muslim Ini menarik kerana  ..........................................................

2. Saya suka membaca kerana ...... .................................................................................................


Hadiahnya contest pertama ini ialah:

1. Novel 'Bumi Cinta" karya Ustaz Habiburahman El-Shirazy (penulis novel ayat-ayat cinta)  keluaran Al-Hidayah bernilai RM31.50 ATAU

2. Novel 'Cucur Bawang, Kopi 'O'.. nama pengarang tak ingat, Novel terlaris minggu ini-sumber: carta buku careka di Berita Harian) Keluaran Buku Prima, Karangkraff bernilai RM25.90 ATAU

3.  Novel 'Cinta Tiga Suku' nama pengarang tak ingat, Keluaran Alaf 21, Karangkraff bernilai RM19.90 ATAU

4. "Di Mana Dia Dihatiku" karya Ustaz Pahrol "ketua pengarang majalah solusi", keluaran buku Oasis, Karangkraff bernilai RM15.00 ATAU

5. "SEBUAH NOVEL KELUARAN ALAF 21 @ BUKU PRIMA"- ANDA SENDIRI YANG TENTUKAN TAJUK NOVEL ITU! 
(harga tidak melebihi RM19.90)


P/s: Jika sambutan contest ini mencapai tahap yang saya harapkan. INSYAALLAH, saya akan meneruskan contest2 lain dengan hadiah buku yang lebih 'bernilai' dan jumlah pemenang yang ramai dengan kadar yang lebih kerap... :)



4.

Stok majalah baru tiba hari ini -24 Februari 2011

  1. Jelita Mac 11
  2. Siasah isu 253
  3. Harmoni isu 154
  4. Motor Trader (E) isu 521
  5. White Cat Black Cat vol 2
  6. WTR (world Tour Rider) isu 17/ Februari
  7. Anjung Seri Mac'11
  8. Majalah Apo isu 292 Mac
  9. Bike Trader isu 216
  10. Bintang Kecil isu 168, Mac
  11. Essenze Vol 21
  12. Majalah Gempak (7 lines) isu 271
  13. Klik isu 139
  14. Media Hiburan isu 1344
  15. Autocar isu mac,11
  16. Digital SLR Photography (MPH) Mac,11
  17. E-ring isu Mac, 11
  18. Majalah g3
  19. Media Rakyat isu 6
  20. Remaja isu 589
  21. Taman Ria Disney isu 237
  22. Transisi isu 20
 ( Digital SLR Photography (MPH) Mac,11- lima naskah tempahan, hanya lima sahaja untuk walk-in custmer )


4.

Wednesday, February 23, 2011

contest dari http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com/

Assalamualaikum WTH...

Sedang berfikir untuk buat contest utk blog ini... Asyik tengok kawan-kawan buat contest je.. Saya pun nak buat jugak. Nanti boleh beri hadiah buku @ novel kan? buat dua bulan sekali pun OK jugak...


Hm.. sesapa boleh berkongsi tentang konsep contest yang sesuai dengan blog ini?

Hmmmmmm...............


(ini hadiah dari PTS.com... saya menang peraduan mengulas buku....)
4.

Dato' Ismail Kamus sakit...

Assalamualaikum WTH..

Penulis dan pendakwah kegemaran saya, Dato' Ismail Kamus jatuh sakit. Jika dilihat dari gambar ini Dato' Ismail Kamus ini agak kurus... Mari kita bersama-sama mendoakan kesihatan beliau kembali pulih... AMIN..


Nak tau lebih lanjut... klik sini 4.

Stok dari Telaga Biru baru tiba... 22/2/2011

 Assalamualaikum WTH..

 Hari ini stok yang ditempah dari Telaga Biru selamat tiba... bersama empat buku terbaru keluaran mereka iaitu:

1. Kamus Al-Aziz (Arab-inggeris-Melayu)
    Ustaz Muhd Aziz Ramli
    RM20.00

2. Solat berjemaah- Asas kekuatan peribadi, masyarakat dan Ummah
   Ustaz Mohammad Subki & Abdul rahman Al-Hafiz
   RM26.00 semenanjung

3. 101 Rekreasi Hati- Buat diriku yang lupa.
    Ustaz Zahazan & Nik Wahdi Nik Jaafar
    RM17.00 semenanjung

4. 41 Kelebihan Rasulullah SAW
    Dr Abdul Basit Abdul Rahman
    RM8.00 semenanjung
 






Note: buku yg saya kuningkan tu mmg terbaik!
4.

Tuesday, February 22, 2011

Adakah arah kiblat solat anda tepat? samada di rumah, pejabat mahupun dimasjid!

Assalamualaikum WTH..

Sekali lagi topik blog ini agak lari dari konsep keusahawanan islam. Namun saya menganggap isu ini sangat penting kerana melibatkan syarat sah solat.

Idea mengenai isu arah kiblat yang tepat ini saya utarakan disini setelah melalui pengalaman sewaktu menumpang solat di sebuah rumah milik seorang sahabat suatu ketika dulu. Mereka sendiri berbalah mengenai arah kiblat yang sebenar. Seorang sahabat menyatakan arah kiblat yang tegak menghadap dinding manakala seorang lagi sedikit senget menghadap dinding. 

Saya tersenyum, masing-masing mengutarakan pendapat masing-masing seperti mengikut arah masjid terdekatlah, ikut matahari terbenamlah dan pelbagai alasan lain. 


 *****************************************************

Tahukah anda bahawa jika 1 darjah sahaja perbezaan arah kiblat anda di Malaysia ini akan memesongkan arah kiblat di Kaabah sejauh hampir 200 kilometer? Jadi bagaimana anda meremehkan arah kiblat ini? Sedangkan ianya sangat penting!

Disini saya saya ingin berkongsi sedikit tips dengan anda kaedah untuk mendapatkan arah tepat untuk menentukan arah kiblat yang tepat.
  1. Belilah kompas, tak mahal mana pun... tak perlulah beli kompas yang mewah bersalut berlian. cukuplah kompas yang mampu berfungsi dengan tepat dalam menentukan arah kiblat anda! nak pinjam dari kawan lain pun boleh asalkan anda memulangkannya semula...
  2. Jangan lupa belajar cara nak baca kompas pulak. tak guna ada kompas tapi tak tau guna!
  3. Beli sejadah yang ada kompas! mak saya ada sejadah special camni... beli kat Mekah rasanya. boleh dibawa kemana-mana untuk lebih meyakinkan arah kiblat anda...
  4. Dalam setahun ada beberapa kali 'matahari' akan berada tegak diatas kaabah! sila semak tarikhnya dengan sesiapa yang berkenaan (insyallah saya akan bagitahu tarikhnya sekiranya saya tahu tarikhnya....)
  5. Ikut arah bintang tiga yang selari diatas langit itu..
  6. dan lain-lain kaedah... 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Nabi SAW bersabda :
“ Apabila kamu hendak solat, sempurnakanlah wudukmu, kemudian mengadaplah ke kiblat dan bertakbirlah”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (baitul maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya? ”Katakanlah : “kepunyaan Allah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”.



Surah Al-Baqarah ayat 142





Ingat ye, jangan pernah meng'agak2' sahaja arah kiblat dari masjid terdekat! @ melihat kiblat dari arah matahari terbenam!

GUNAKAN KOMPAS!


4.

Stok majalah baru tiba hari ini -22 Februari 2011

  1. Direktori Perkahwinan Lengkap
  2. Disney Princess (m) isu 44
  3. i Feel Magazine (c) Mac 11
  4. Libur 97, Mac
  5. Mingguan wanita isu 1423
  6. Santapan Gulai Tradisi 
  7. Santapan Lauk pauk Tradisi
  8. Yezz Mac 11
  9. Ben 10 Alien Force isu 10
  10. Bike Trader 214
  11. Media Hiburan 1343
  12. Shift isu 51
  13. Sirip 113, Feb
  14. Utopia ( 7 lines) 197
  15. Warta Perdana 1108
(moga kedatangan majalah ini, dengan izin Allah akan merancakkan suasana membeli belah di PNN
4.

Monday, February 21, 2011

Rabun warna

Pada pagi hari ahad yang sibuk....

"Bang, pocket file kat mana?" tanya seorang gadis
"Kat sana dik" Jawab saya sambil menunjukkan jari telunjuk saya ke arah rak yang menempatkan pocket file yang dimaksudkan.

Gadis itu kemudianya melangkah kearah yang saya tunjukkan itu.

"Bang, takdepun 'pocket file'color biru?" Soal anak gadis itu.
"Bos saya cakap suruh beli kat sini je" sambungnya lagi.

Saya kemudianya melangkah kearah pelanggan itu. Dahi saya berkerut, mustahil anak gadis ini tak nampak pocket file color biru dihadapannya itu.

"Inikan pocket file color biru?" tanya saya sambil menunjukkan pocket file yang dimaksudkan.
"ini color hijau, saya nak pocket file color biru, bos saya suruh beli yang color biru!" jawab gadis itu dengan nada tinggi.

Beberapa mata pelanggan tertumpu kepada kami seketika.

"Erk... awak ni rabun warna kan?" Jawab saya berbisik kepada gadis itu sambil tersenyum manis. "Pocket file ni color biru, yang sebelah ni color hijau" sambung saya lagi..

"Hmmm... " jawab gadis itu sambil tangannya pantas mengambil hampir 20 keping pocket file berwarna "biru" itu....

Setelah membayar di kaunter, dia terus berlalu dengan pantas.... Samada dia malu kerana tersalah serkap kerana telah meninggikan suara kepada saya atau dia memang nak cepat...

*************************************************************************************************
Entri ini bukan bermaksud mahu menghina kecacatan seseorang... cerita ini boleh disimpulkan sebagai panduan kepada kita agar mengkaji diri sebelum melepaskan kesalahan kepada orang lain...



P/s : Kadang-kadang kita meletakan kesalahan atas orang lain tapi tanpa sedar rupanya ia berpunca pada diri kita sendiri


4.

Anchor Product

Assalamualaikum WTH..

Topik yang ingin saya bincangkan ini merupakan salah satu topik penting kepada usahawan terutamanya bagi mereka yang menjadi usahawan bidang peruncitan.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'anchor product'? Anchor product merupakan sejumlah barangan  perniagaan yang memiliki sensitiviti harga dan kuasa jual yang tinggi  dipasaran. Kebiasaanya barangan yang tersenarai didalam senarai 'anchor product' ini dijual pada tiga keadaan:
  1. Dijual pada harga kos
  2. Dijual dibawah harga kos
  3. Dijual denga kadar keuntungan yang minima
Di dalam bidang peruncitan buku dan alat tulis yang saya ceburi ini, antara produk yang layak disenaraikan sebagai 'anchor product' ialah kertas A4, Fhotocopy, pen pilot, color pencil Luna , marker artline, pocket file dan hampir seratus lebih produk yang memiliki harga yang sensitif dipasaran.

Apakah kepentingan 'anchor product'

'Anchor product' berperanan sebagai produk yang memiliki daya penarik pelanggan. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan, kegagalan usahawan runcit untuk mengawal harga 'anchor product' ini berbanding harga yang ditawarkan oleh pihak pesaing anda menyebabkan perniagaan anda bakal mengalami 'kerugian' atau lebih teruk lagi anda terpaksa menutup perniagaan anda!

Secara logiknya, sebelum para pelanggan membeli dikedai anda, dia sendiri telah membuat perbandingan harga dengan pesaing anda. Cuba anda bayangkan sekiranya perbezaan harga sebanyak seposen sahaja sudah cukup untuk pelanggan lari, bagaimanakah perniagaan anda mampu bertahan sekiranya perbezaan melebihi nilai RM1? Fikirkanlah!

Bagaimana Menonjolkan 'Anchor product'

Selain itu, penonjolan jualan murah terhadap ‘Anchor produk’ berperanan untuk memberikan imej kedai harga patut kepada perniagaan. Contoh produk yang tergolong didalam kategori ‘anchor produk’ ini ialah kertas A4 70gram berjenama IK memiliki sensitiviti harga yang tinggi dikalangan pengguna. Harga kos bagi kertas ini ialah RM7.20 bagi satu ream. Secara purata, kebanyakkan kedai alat tulis dan pasaraya-pasaraya akan menjual produk ini dengan harga diantara RM7.00 sehingga RM7.90 untuk satu ream. Bagi mewujudkan suasana kedai harga patut, saya akan menjual produk ini pada harga RM6.99 untuk satu ream untuk sebagai kaedah promosi. (utk satu tempoh masa sahaja & terhad kepada 5 ream)

Kepada para pembaca yang tidak memahami konsep menjual “rugi” ini, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa kadangkala terdapat peniaga yang menjual dengan harga dibawah kos? Secara umumnya, kami sebagai usahawan dan peniaga tidak akan menjual stok barangan untuk mengalami kerugian kecuali disebabkan oleh hal-hal tertentu. Sebenarnya, kami telah menyerapkan nilai kerugian itu kepada stok lain yang tidak tersenarai di dalam kategori ‘anchor produk’. Contohnya, kos kerugian jualan kertas diatas akan ditampung melalui jualan produk sampingan seperti kertas A4 70gram 30 helai yang dibungkus sendiri, pembaris, pemadam, bekas pensil dan banyak lagi produk yang memberikan kami margin keuntungan melebihi 50%. Bahkan kami beranggapan para pelanggan tidak datang hanya untuk membeli satu produk sahaja, malah akan membeli banyak barangan yang lain bagi menampung jualan ‘rugi’.

Namun begitu, saya menasihatkan anda supaya menghadkan jualan ‘rugi’ ini terhad hanya kepada sepuluh barangan yang benar-benar sensitif dipasaran sahaja dan nilai kerugian yang ditawarkan hanyalah sekitar 5% sahaja sepanjang tempoh promosi. Perkara ini penting bagi meneruskan keberlansungan perniagaan anda.






4.

Berapa peratuskah wang gaji@pendapatan anda mengalir ke dalam akaun usahawan muslim?

Assalamualaikum WTH...

Tajuk entri ini agak berat untuk dibincangkan... Namun saya akan cuba rungkaikan secara ringkas agar anda dapat berfikir secara kritis bagi melahirkan kekuatan ekonomi dikalangan usahawan muslim dan dikalangan umat islam khususnya.

Berapa peratuskah wang gaji@pendapatan anda mengalir ke dalam akaun usahawan muslim dalam tempoh sebualan? Tahniah bagi mereka yang membelanjakan lebih 50% kedalam akaun usahawan muslim.

Benar, agak sukar membelanjakan walaupun 50% daripada wang gaji kita sendiri kedalam akaun usahawan muslim. Mengapa terjadi sedemikian? kerana perbelanjaan terbesar bagi mereka yang sudah bekerja seperti bil ansuran rumah, ansuran kereta, bil telefon, kos barangan dapur dan lain-lain dimiliki oleh usahawan non-muslim. kos ini sahaja mungkin sudah melebihi 50% daripada jumlah gaji anda!

Nah, bagaimana mahu menggalakkan wang gaji anda mengalir kedalam akaun usahawan muslim? Bagi mereka yang sudah terlajak membeli barangan yang dibeli secara ansuran (aset tetap seperti rumah & kereta) dengan syarikat non-muslim, anda masih boleh menyokong kami dengan berbelanjakan wang anda di kedai @ perniagaan yang dimiliki oleh usahawan muslim biasa ceburi seperti:
  1. Barangan dapur cth di Mydin
  2. Bengkel kenderaan cthnya terlalu banyak bengkel kereta & motorsikal yang dimiliki oleh usahawan muslim
  3. Kedai buku & alat tulis cth mestilah saya promo kedai saya! PNN
  4. Kedai makan? rasanya kita semua akan makan di kedai usahwan uslim, betul tak? lebih confident 'kehalalanya'
  5. Butik pakaian Muslim
  6. DLL
Entri kali ini bukanlah bermaksud mahu mempromosikan perniagaan saya. Entri ini sekadar bertujuan untuk mendidik kita sebagai muslim agar mengalirkan sedikit daripada wang gaji kita kita untuk pembangunan saudara kita sendiri yang bergelar usahawan. 


Sedikit sebanyak wang yang kalian belanjakan kedalam perniagaan kami sebagai usahawan muslim akan mengalir kepada:
  1. Pekerja kami yang juga beragama islam,
  2. Dapat mengembangkan perniagaan kami agar dapat membuka cawangan-cawangan baru 
  3. Dapat membuka peluang perniagaan baru kepada saudara seislam
  4. Dapat membuka lebih ramai peluang pekerjaan kepada saudara semuslim kita dengan perkembangan perniagaan usahawan muslim!
  5. Wang anda juga mengalir kedalam akaun zakat perniagaan pihak usahawan muslim!
  6. Menjadi hub perniagaan halal
  7.  
     
MUSLIM KAYA, ISLAM KUAT!
Semoga semua perniagaan usahawan muslim diberkati, dimurahkan rezeki halal dan dijauhi rezeki yang haram!

Note: Al-Quran tu pun kdg2 ada yang beli kat kedai non muslim. betul tak?
4.

Thursday, February 17, 2011

Watak dan keperibadian mengikut tarikh lahir- 24/3

  1. Memiliki tubuh badan yang sangat aktif
  2. Selalu berusaha terus maju agar tidak membazirkan masa @ jalan tidak bermanfaat
  3. Walaupun fokus kepada sesuatu, budaya anda hidup dalam  yang sering berubah
  4. Anda bukanlah seorang yang terikat dengan jadual untuk bersara kerana anda berkifir untuk terus berkembang
  5. Memiliki bakat dan terlalu terikat dalam bidang seni tetapi lebih berjaya di dalam bidang perniagaan & harta
  6. Penampilan tidak penting untuk anda
  7. Seorang yang praktikal, dengan sedikit mimpi dan kecenderungan besar ntuk melebihkan kesenangan 
  8. Lebih domistik secara alami, 
  9. Ego
  10. Belajar melalui pengamatan
  11. Jauhi cemburu, depresi dan bimbang
M/s 245, buku Misteri aneh dan ganjil- Bukti Keagungan Allah oleh Abu Talhah Iqamuddin-terbitan Pustaka Al-Ehsan

*******************************************************************************************************

Secara jujurnya saya bukanlah seorang yang terlalu mempercayai ramalan watak ini walaupun sedikit sebanyak memang terkena kepada batang hidung saya.

saya seorang yang sangat kuat bekerja, fokus kepada terlalu banyak benda, suka memerhatikan dan mempelajari sesuatu darinya, seorang yang sangat kuat egonya tapi masih boleh bertoleransi, Tak suka berdandan keterlaluan, berbakat dalam bidang seni (saya pernah pergi ujibakat AF dua kali-hahaha- sebab perasan suara sedap, boleh bermain gitar), aktif dalam sukan (dulu la, skrang sejak dah jadik OKU ni futsal je boleh main-tiada lagi sukan yang menggunakan tangan...) dan tidak suka bekerja dibawah arahan orang lain... sangat suka memimpin dan menjadi ketua....




4.

Suasana indah impian saya...

Assalamualaikum WTH.. 

Sebelum memulakan perniagaan sendiri, saya sering mengimpikan sebuah suasana perniagaan islam yang indah. Suasana perniagaan yang berlandaskan prinsip dalam islam & syariah. Tiada unsur-unsur rasuah dalam bisnes.

Kini setelah memiliki perniagaan sendiri, saya cuba menerapkan unsur-unsur islam dalam PNN.  Sebagai pemimpin, saya akan memastikan sumber perniagaan saya terdiri dari sumber yang halal dan terjamin. Agar setiap suap nasi yang masuk ke perut kami dijamin suci dari unsur haram. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan doa sahabat.

Saya dan para staf bergilir kini bergilir-gilir mengerjakan solat dhuha, berpuasa sunat bersama-sama, mengaji pada masa terluang, berzikir, melaungkan suara IKIM.FM untuk manfaat bersama... pernah ketika bulan ramadhan lepas, kami bergilir-gilir cuti untuk merasai nikmat solat terawih di masjid. Mana mungkin hanya saya yang berpeluang beribadah< sedangkan mereka juga berhak merasai nikmat itu? Mungkin satu hal yang sukar kami lakukan ialah solat berjemaah bersama lantaran kedai perlu dibuka sentiasa.

Sebenarnya saya cemburu dengan suasana islam yang tercipta di salah sebuah syarikat pembekal buku kami. Suasana islam yang cukup indah, setiap kali waktu solat semua pekerja akan bersama bersolat berjemaah, pada waktu malam tertentu akan ada penceramah jemputan... cemburu betul dengan suasana seperti itu...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk tetap taat kepada-MU. Dan janganlah engkau gelincirkan hati kami dari terus beriman kepada-MU Berikanlah kami dan PNN rezeki yang banyak agar kami dapat melebarkan sayap perniagaan dan menyebarkan keindahan islam terutamanya di tanah bertuah ini! AMIN YA ALLAH!




4.

Nahwan Nur - Anugerah lirik



Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita
 
Lagu: Nasation Abdullah
Lirik: Romzi ishak & Nasation
Solo: Nasation Abdullah 

*****************************************************************************************************

Antara lagu yang mampu membuatkan saya menangis..maksud lagu yang begitu menusuk tepat kehati.

Alunan vocal nasyid terbaik yang saya minati..

4.

"Bang, kondom ada tak?"

Assalamualaikum WTH..

Harini saya mahu berkongsi dengan korang semua, dialog hampeh dari seorang pelanggan kepada saya pagi tadi...
"Bang, kondom ada tak?"

Cis... secara spontan wajah kacak saya berubah menjadi merah kerana cuba menahan marah. Kenapalah tanya benda yang bukan-bukan dikedai buku & alat tulis saya ni.. Dah takde benda lain ke nak tanya?

"Takde dik, kalau adik nak kondom, kedai 7-eleven ada kat depan tu" balas saya dengan penuh berhemah. Tak tergamak saya mahu bertanya kepada remaja itu mengapa mahu mencari kondom!

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya ditanya tentang 'kondom' terutamanya dari bangsa saya sendiri. Ramai sebenarnya yang bertanya produk itu terutamanya dikalangan remaja. Mengapa kondom? Nak buat apa dengan kondom pada usia semuda mereka? Jika yang bertanya itu orang berumur, mungkin saya boleh 'berbaik sangka' dengan berfikir pelanggan itu mahu merancang kehamilan.

Hm.. jangan tanya saya apa kegunaan kondom sebab saya pun tak pernah pegang objek yang bernama kondom tu!



Note: perkataan berwarna kuning itu hendaklah dibaca dengan kuat.. 90db kalu boleh...



JAUHI ZINA!

4.

Wednesday, February 16, 2011

Petua murah rezeki dan dipanjangkan umur dengan menyambung silaturahim

Dari Anas Bin Malik RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)"

************************************************************************************

Hadis Rasulullah SAW diatas menyatakan kepentingan menjalinkan silaturahim dapat mempermudahkan urusan rezeki dan juga memanjangkan umur. Tentu juga ada diantara kita tertanya-tanya bagaimana fungsi "memperhubungkan silaturahim" dapat meluaskan dan dipermudahkan urusan rezeki serta dapat dipanjangkan umur?

Dalam konteks keusahawanan, memperhubungkan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama teman-teman dan orang lain merupakan salah satu bentuk promosi. Oleh kerana manusia merupakan mahluk Allah yang hidup secara bermasyarakat dan memerlukan sistem komunikasi sebagai media perhubungan, maka jalinan silaturahim ini dapat berperanan sebagai media.

Diri saya sendiri, melalui pelbagai media yang terhidang didepan mata seperti melalui blog, facebook, perbualan lisan, SMS, telefon dan pelbagai  kaedah lagi dapat menjalinkan silaturahim tanpa pernah gagal. Mungkinkah anda sebagai sahabat saya walaupun duduk beribu batu jaraknya dari Bandar Rawang ini memberitahu & mempromosikan kepada teman-teman kalian  yang tinggal di kawasan Rawang ini bahawa diri anda mempunyai kedai buku & alat tulis di Bandar Rawang ini? tidak mustahil bukan?

Melalui kaedah yang saya tuliskan diatas tadi sebagai contoh, bukan sekali dua saya menerima kunjungan pelanggan yang merupakan 'kawan kepada kawan'  saya melalui media tersebut.  Mungkinkah juga anda sebagai sahabat saya mampu mendoakan kecemerlangan perniagaan saya melaui hubungan & jalinan silaturahim ini? Nah, disinilah letaknya keajaiban menjalinkan hubungan ukhwah itu! Allah SWT memberikan saya rezeki kerana jalinan ukhwah ini! TQ ALLAH!
Pada diri saya sendiri, urusan menyambung hubungan silaturahim merupakan tanggungjawap yang cukup indah.Sebagai usahawan muslim, saya melihat tanggungjawap ini sebagai lubuk emas. Bukan bermaksud saya mengambil kesempatan atas 'jalinan silaturahim' yang tercipta ini kerana perniagaan bukanlah sekadar menjual barangan@perkhidmatan semata-mata. Sebaliknya ia adalah satu hubungan sahabat yang sama-sama berkongsi 'fungsi' sesuatu produk. Maksudnya, saya perlu memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang juga merupakan sahabat baik saya!

Oleh itu, tiada istilah menikam belakang, mengurangkan gred barangan, menipu timbangan DLL. Mana mungkin kami menikam sahabat kami sendiri! ( tapi sebenarnya memang wujud juga manusia berhati binatang- sudah diberi susu, dibalasnya tuba... moga dijauhkan.. AMIN)


HULURKAN SALAM UKHWAH....
4.

Muslim kaya, islam kuat

Assalamualaikum WTH..

Kalian semua setuju tak jika saya katakan jika semua orang muslim kaya, islam semakin kuat? 

Bagaimanakah kami para usahawan muslim berusaha untuk memartabatkan kuasa dan kekuatan islam melalui kekuatan ekonomi? Jika ekonomi umat islam kuat dan kukuh, secara tidak langsung kami akan dapat membantu golongan umat yang islam yang kurang bernasib baik. 

pernahkah anda mendengar satu syair arab menyatakan:

"Sekiranya qarun itu muslim, sudah tentu seluruh muslim di tanah arab dibanjiri kesuburan dan kekayaan"

Hm, pernahkah anda semua membayangkan jika sumber wang yang dimiliki oleh orang islam, mengalir masuk kedalam perniagaan orang islam juga? Dengan perbelanjaan itu, kalian sebenarnya bakal membesarkan perniagaan mereka. Secara tidak lansung bakal memberikan peluang perniagaan kepada mereka dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada umat islam yang lain. Selain itu, wang yang anda keluarkan itu juga akan mengalir masuk kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui pembayaran sedekah dan zakat! 

Nah, inilah yang harus kita semua lakukan!

Tanggungjawab anda:

1. Sokonglah perjuangan kami para usahawan muslim

Tanggungjawap kami sebagai usahawan muslim:
  1. Menyediakan fasiliti terbaik
  2. Menyediakan sumber yang dijamin halal
  3. Menyebarkan kekayaan untuk pembangunan umat islam
  4. Menyebarkan dakwah islam melalui keperibadian dalam perniagaan
  5. Jangan pernah membuat dosa dan larangan Allah dalam kehidupan


4.

Stok dari karangkraff baru tiba... 17/2/2011

Assalamualaikum WTH..

Setelah hampir seminggu, akhirnya stok yang ditempah dari karangkraf di bawah label Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari, Novel Nur dan Aneka selamat tiba di PNN pada pukul 11 pagi tadi. 

Kebanyakkan buku yang ditempah dari syarikat Karangkraf ini ialah buku bergenre novel popular, agama dan dakwah, resepi dan motivasi.

Antara produk yang tiba pagi tadi ialah:
  1. Cucur Bawang dan kopi O
  2. Hingga ke akhirnya
  3. Tajdid Cintamu
  4. Akhir sebuah cinta
  5. Cinta kau dan aku
  6. Jangan bilang benci
  7. Astana kasih
  8. Ku bawa hati ini
  9. Coklat, bunga dan si cupid 
  10. Rayyan Fantasi
  11. Masih setia
  12. Awan rindu
  13. Cintamu nadiku
  14. Spanar rindu skru
  15. Anakku, didiklah hati mencintainya
  16. Kembara mencari tuhan
  17. Jom menyerlah
  18. Oi, bangunlah Oi
  19. Dimana dia dihatiku..
  20. Pelbagai buku resepi
  21. Beberapa novel koleksi karya Ramlee Awang Mursyid
  22. Beberapa novel alaf & buku prima yang ditempah oleh pelanggan (novel lama-lama yang tiada dalam simpanan semua kedai buku disekitar Rawang)
Moga dengan kehadiran buku-buku ini dengan izin Allah, akan menyemarakkan lagi suasana membeli-belah di PNN. AMIN 




note: 

Novel cinta tiga suku ketiadaan stok minggu ini, InsyaAllah, menurut En. Azam.. minggu depan dia akan kembali lagi bersama buku keluaran alaf 21 & buku prima yang terbaru..

Trinovel februari akan keluar minggu hadapan...






4.

Monday, February 14, 2011

Andainya ini mimpi, jangan kejutkan aku YA ALLAH!!

Assalamualaikum WTH... Salam Maulidurasul untuk semua..

Mimpi adalah satu rutin yang terjadi kepada kita semua ketika tidur.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:
  1. Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah
  2. mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, 
  3. mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Riwayat Muslim)

Hm... Mood pagi ini sangat menggembirakan, sebenarnya pagi tadi kira-kira dalam pukul 3.30 pagi, saya terbangun setelah bermimpi indah. 

Saya bermimpi sedang mengendalikan PNN yang ketika itu beroperasi dengan keluasan kedai bersaiz dua pintu!  Dengan susun atur yang menawan...  alat tulis dan buku tersusun indah, para pelanggan yang berpusu-pusu masuk ke dalam premis PNN. Saya ketika itu sedang melayani pelanggan.....

Alhamdulillah, walaupun hanya dalam mimpi.. Pagi ini saya sangat bersemangat! Moga mimpi itu menjadi kenyataan! AMIN...

Note: lepas tbangun tu, saya menonton game Fulham VS Chelsea dari pukul 4  pagi sampai pukul 6.. tapi draw je... 

 (angka 4977 tu no bertuah kami, dri no fon, no hp, flat kereta,....)


Doakan mimpi saya menjadi kenyataan ye kawan2! AMIN...


4.

Sunday, February 13, 2011

Pukul 12 tengah hari masih lagi berbaju tidur?

Assalamualaikum WTH..

Jam tangan saya ketika ini menunjukkan pukul 1.15 petang. Alhamdulillah, seperti biasa suasana PNN pada hari hujung minggi seperti ini sangat memberansangkan. Kehadiran pelanggan pada hari sabtu dan ahad kebiasaanya meningkat hampir tiga hingga enam kali ganda daripada hari-hari biasa. Namun keadaan ini bukanlah tujuan saya 'menerbitkan' entri kali ini.

Pernahkah anda melihat 'orang' terutamanya wanita melayu yang masih berpakaian tidur dan keluar ke kawasan bandar untuk membeli belah pada pukul 12 tengah hari? Mestila pernah, betul tak?
Kebiasaanya, pada hari ahad memang ada diantara kita yang bercuti hujung minggu mengambil kesempatan untuk bangun lewat dari tidur. Namun begitu ia bukanlah alasan yang membolehkan anda 'beruniform' sedemikian untuk berada dikhalayak ramai pada waktu siang. 'Uniform' sedemikian hanya layak digayakan dirumah terutamanya dibilik tidur sahaja.

Apabila anda menggayakan 'uniform' ini dikhalayak ramai pada waktu siang, bersama pakej wajah yang kusam, bau yang masam, rambut yang tidak begitu terurus, baju yang berkedut-kedut dan 'darjah ketelusan kain' baju tidur anda hanya berjaya mengundang persepsi negatif masyarakat. Itu belum lagi yang datang memakai t-shirt tanpa 'bra' semata-mata untuk membeli suratkhabar dan roti untuk sarapan! Maksudnya, saya pun juga turut bersarapan sama! huhuhu...... Mujur belum ada yang datang hanya ber G-string...


Wahai wanita melayu diluar sana, jika benarpun anda mahu menggoda saya pada waktu pagi.... saya beberapa ada tips:
  1. Mandi dulu dan pastikan bersabun, kalu guna ginvera green tea lgi bagus. sbb nanti sama bau dgn saya.
  2. Pakai yang elok-elok sikit- Menutup aurat, baju bergosok
  3. Pakai minyak wangi yg berbau lembut esp bau elizbt arden.. (mcm tunang saya slalu guna)
  4. Jangan pakai warna kuning... saya tak suka kuning!
  5. Bawa sedikit sarapan untuk saya- tak kisah apa juga jenis makanan halal
  6. Beli buku @ alat tulis di PNN hari-hari
  7. Bibir color pink....
  8. JANGAN PAKAI BAJU TIDUR WALAUPUN BUKAN JENIS YANG SEKSI TU!! SEBAB NAMPAK SANGAT KORANG BELUM MANDI!!
Errrrkkkkk,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, :P


Korang pernah buat jugak kan? tak perlu malu untuk mengaku!


Kalau boleh, waktu malam pun jangan pernah keluar membeli belah jika hanya 'beruniformkan' baju tidur!


4.

Saturday, February 12, 2011

Mitos & Punca Sebenar Kegagalan Usahawan melayu

Berbicara tentang kegagalan usahawan melayu bukanlah satu bidang yang saya gemari. Seperti pepatah melayu lama, saya seakan membuka pekung di dada bangsa saya sendiri. 

Walaupun bangsa yang amat saya sayangi ini bukanlah merupakan satu bangsa yang sangat 'membudayakan' bidang keusahawanan dan perniagaan sebagai pilihan kerjaya mereka. Namun sebenarnya cukup memiliki kuasa beli yang tinggi berbanding kuasa beli yang dimiliki oleh bangsa lain. Tetapi mengapakah kelebihan ini tidak diambil berat oleh bangsa melayu? 

Hm... berbicara dengan beberapa usahawan melayu yang pernah gagal didalam perniagaan menyebabkan saya terlintas untuk berkongsi dengan anda semua beberapa alasan dan mitos yang dikaitkan dengan kegagalan mereka.

Mitos Kegagalan Usahawan melayu

1. Gagal kerana tidak mengamalkan rasuah
2, Tiada sokongan pihak berwajib
3. Pembekal bangsa lain 'menganaktirikan' usahawan melayu
4. Kekurangan modal
5. Gagal kerana hanya memilih yang 'halal'
6. Sukar bersaing dengan usahawan bangsa lain

Punca sebenar kegagalan usahawan melayu

1. terlalu mementingkan keuntungan segera
2. Lebih suka berniaga sebagai orang tengah
3. Meniru kejayaan perniagaan orang lain
4. usahawan bermusim
5. Terlalu bergantung kepada projek kerajaan
6. Tidak peka kehendak dan keperluan pengguna
7. Sistem pengurusan yang lemah
8. Suka berniaga benda yang mudah dikendalikan
9. Tiada perancangan jangka panjang
10. Tiada matlamat perniagaan yang jelas

m

Sebenarnya, yang paling penting bukanlah kegagalan itu, tetapi kebangkitan setelah gagal. Bukankan  ramai orang yang berjaya pada hari ini adalah dikalangan mereka yang pernah mengacap nikmat gagal?
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...